Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Genap sebulan gempa, tsunamiANGGOTA polis dalam pakaian keselamatan dari radiasi yang terlibat dalam operasi mencari mayat mangsa berdiri tegak semasa sesi bertafakur pada pukul 2.46 petang semalam, sebagai tanda memperingati mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu di Minamisoma, Fukushima, kira-kira 18km dari loji nuklear Fukushima yang rosak teruk. – REUTERS TOKYO 11 April – Jepun hari ini dilanda gempa kuat berukuran 7.1 pada skala Richter ketika penduduk negara ini bertafakur memperingati gempa bumi dan tsunami, genap sebulan bencana berkembar itu melanda pada 11 Mac lalu yang meragut lebih 13,000 nyawa. Gegaran pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (4.16 petang waktu Malaysia) yang turut mencetuskan amaran tsunami itu membuatkan penduduk panik dengan ada diantaranya lari lintang pukang dari kedai-kedai di Sendai. Bagaimanapun, amaran tsunami tersebut ditarik balik beberapa jam selepas gempa berpusat kira-kira 81 kilometer di selatan bandar Fukushima itu berlaku. Di bandar Kesennuma yang terjejas teruk, anggota tentera yang menggali serpihan untuk mencari 15,000 mangsa yang hilang, menghentikan kerja-kerja mereka pada pukul 2.46 petang waktu tempatan (1.46 petang waktu Malaysia) sebagai tanda penghormatan. Seorang pegawai dilihat mengarahkan anggotanya meletakkan peralatan, membuka topi keselamatan, sarung tangan dan topeng bagi memperingati detik itu, sebulan selepas bencana tersebut melanda pada waktu sama. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan hari ini turut memuji bantuan serta sokongan yang diberikan dunia sebulan selepas negara ini dilanda gempa bumi dan tsunami serta berhadapan krisis nuklear terburuk akibat kebocoran di loji jana kuasa Daiichi, Fukushima. Pemimpin itu turut merakamkan ucapan terima kasih yang disiarkan di beberapa akhbar utama dunia antaranya kenyataan 'terima kasih kerana Kizuna (hubungan persahabatan)' yang disiarkan di Financial Times, Wall Street Journal dan International Herald Tribune. Kerajaan dalam pada itu berkata, zon perpindahan di sekitar loji jana kuasa Fukushima diperluas kepada 30 kilometer radius hari ini berbanding 20 kilometer sebelum ini, yang memerlukan penduduk di kawasan terlibat berpindah dalam tempoh sebulan. Keputusan itu diambil selepas jurutera di loji Daiichi semalam menyatakan, mereka masih belum dapat menyelesaikan krisis nuklear tersebut dalam tempoh terdekat. – AFP/Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Video lucah: Arifinto letak jawatan Posted: Video lucah: Arifinto letak jawatan
JAKARTA 11 April - Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto (gambar) meletak jawatan hari ini ekoran pendedahan kes beliau menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu. Beliau yang berhadapan kemarahan ramai berikutan kelakuannya itu berkata, tiada sesiapa memaksanya meletak jawatan dan beliau berbuat demikian demi maruah diri serta parti konservatifnya. "Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat," katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen. Speaker DPR, Pramono Anung berkata, beliau menerima peletakan jawatan Ahli Parlimen tersebut dan menganggapnya sebagai tindakan terbaik untuk semua pihak. "Saya rasa langkah Arifinto itu baik untuk partinya dan imej DPR. Perkara ini telah mencemar nama DPR. "Sebaik dilantik sebagai Ahli Parlimen, seorang pemimpin sepatutnya mengawal tingkah laku mereka terutamanya di mata umum," katanya. Arifinto mencetuskan kontroversi selepas gelagatnya yang leka menonton video lucah semasa sidang DPR dirakam seorang jurugambar berpengalaman dari akhbar Media Indonesia, Mohammad Irfan. Beliau bagaimanapun menafikan tindakan tersebut dengan menyatakan keadaan itu berlaku secara tidak sengaja kerana pada asalnya hanya mahu membaca e-mel yang dikirim. Kes tersebut turut mengundang minat ramai apabila seorang pelakon filem lucah, Vicky Vette yang berasal dari Norway semalam mengaku di Twitter bahawa dia ada menghantar foto 'terbaiknya' kepada Arifinto melalui e-mel. - AFP/Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan