Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pintas telefon selebriti

Posted:

Pintas telefon selebriti

Pintas telefon selebriti

LONDON 9 April - Pemilik akhbar tabloid Britain, News of the World, mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi atas tindakan mereka yang menggodam panggilan telefon selebriti bagi mendapatkan berita eksklusif.

Pemilik News International, Rupert Murdock berkata, beliau mengaku bertanggungjawab di atas beberapa kes yang dikemukakan terhadap akhbar yang memperolehi jualan tertinggi di Britain itu.

Pelakon Sienna Miller dipercayai antara mereka yang ditawarkan dengan ganti rugi itu.

Permohonan maaf itu dibuat tiga hari selepas polis menahan ketua wartawan akhbar tabloid Sunday dan seorang bekas penyunting berita kerana disyaki memintas mesej mel suara telefon bimbit secara haram.

News International yang turut menerbitkan The Sun, The Times dan Sunday Times mengakui, siasatan dalaman pertama mereka berhubung kegiatan itu 'gagal untuk memperolehi bukti penting'.

"Selepas siasatan meluas dan pendedahan melalui kes undang-undang sivil, News International memutuskan untuk memohon maaf dan akan bertanggungjawab ke atas tuntutan yang memenuhi kriteria.

"Tindakan News of the World memintas mel suara itu amat dikesali," menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu turut meminta peguam menubuhkan skim ganti rugi untuk menangani tuntutan yang yang dibuat ke atas mereka secara adil dan cekap.

BBC melaporkan New International memperuntukkan sejumlah 22.5 euro (RM98.4 juta) sebagai dana ganti rugi, tetapi dijangkakan bayaran itu mencecah kira-kira 100,000 euro (RM437 juta). - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agron intim dengan Captain America

Posted:

Agron intim dengan Captain America

Agron intim dengan Captain America

LOS ANGELES 9 April - Aktres terkenal Hollywood, Dianna Agron dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon, Chris Evans, pelakon filem Captain America: The First Avenger.

Pelakon siri televisyen Glee itu dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan Evans pada Februari lalu selepas bertemu di sebuah pesta pra-Oscar.

"Adik Evans, Scott adalah seorang peminat lakonan Agron dan begitu menyukai aktres itu.

"Dia (Scott) dan rakan-rakannya suka berjenaka bahawa selagi Agron dalam siri Glee, keluarga Evans bersedia menerima Agron dengan tangan terbuka," kata seorang sumber.

Agron memutuskan hubungannya bersama pelakon filem I Am Number Four, Alex Pettyfer pertengahan Februari lalu selepas bercinta selama setahun.

"Pettyfer mungkin melihat dirinya sebagai seorang yang nakal, namun dia sebenarnya sangat baik dalam kehidupan sebenar.

"Saya berpendapat ini amat penting untuk memiliki perbezaan dalam setiap perhubungan. Saya tidak mahu menjalinkan hubungan dengan seseorang yang mempunyai perangai yang sama dengan saya, itu sangat membosankan," kata Agron.

Evans, 29, sebelum ini pernah menjalinkan hubungan bersama Jessica Biel dan Christina Ricci. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan