Kosmo Online - Dunia |
- Asbut tebal landa London, Wales
- Samsung saman balas Apple
- Batu mistik selamatkan penduduk terkena tsunami
Asbut tebal landa London, Wales Posted: Asbut tebal landa London, WalesASBUT tebal melanda tengah London semalam menyebabkan pemandangan menjadi terhad. LONDON - Kerajaan United Kingdom meminta orang ramai tidak melakukan senaman di luar rumah ekoran asbut yang memenuhi ruang udara London. Kombinasi cuaca panas dan kondisi tiada angin yang berlaku akibat sistem tekanan yang tinggi menyebabkan lapisan ozon dan partikel-partikel tercemar dikenali sebagai PM10s dijangka meningkat di seluruh England dan Wales. Beberapa stesen pemantau di London menunjukkan kadar pencemaran sederhana atau tinggi pada pagi semalam. London juga mengalami suhu tinggi ketika warganya sedang bersedia menyambut perayaan Easter. Asbut itu dikatakan terdiri daripada jelaga, debu, kotoran dan titisan cecair beracun. Ia merupakan campuran kabut dengan asap. Mereka yang menghidap asma, golongan kanak-kanak dan warga emas akan terjejas kerana udara tercemar itu akan menjangkiti paru-paru mereka serta membuatkan pernafasan menjadi sukar. Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Luar Bandar Britain menasihat orang ramai agar mengelakkan penggunaan kenderaan ke lokasi dekat untuk mengurangkan asbut. Amaran itu dibuat ketika warga Britain bersiap sedia untuk menikmati cuti musim panas. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Samsung saman balas AppleSeorang pekerja syarikat Samsung di Seoul semalam menunjukkan telefon pintar keluaran syarikatnya, Galaxy S (kiri) dan iPhone 4 keluaran Apple. SEOUL - Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya. Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya. Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya. Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut. Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya. Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya. Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi. "Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam. Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Batu mistik selamatkan penduduk terkena tsunami Posted: Batu mistik selamatkan penduduk terkena tsunamiSEBUAH batu yang mengandungi amaran pembinaan rumah menyelamatkan penduduk kampung terkena ombak tsunami di Aneyoshi pada 11 Mac lalu. IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin. Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami. Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu. Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami. Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan. Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter. Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut. Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun. "Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara. Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi. Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat. Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960. "Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan