Berita Harian: Dunia |
'Perang' Thailand, Kemboja kian sengit Posted: 23 Apr 2011 01:01 PM PDT Dunia ASKAR Kemboja bersiap sedia melancar roket BM21 di sempadan Kemboja-Thailand semalam. SAMRONG, Kemboja: Pertempuran tercetus lagi semalam di sempadan Thailand-Kemboja menyebabkan seorang lagi askar maut, sehari selepas pertumpahan darah terburuk sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua pihak mengadakan senjata dua bulan lalu. Kedua-dua negara jiran itu sudah terbabit dalam beberapa siri pertempuran maut sejak beberapa tahun lalu di hutan berhampiran kuil purba yang dipertikaikan berikutan garis sempadan di kawasan berkenaan tidak pernah diukur dengan sempurna kerana periuk api bertaburan. Selain seorang askar Thailand maut semalam, empat lagi cedera ringan, kata satu sumber tentera Thailand yang enggan mendedahkan nama.Pihak tentera enggan mengesahkan kejadian itu. Beribu-ribu penduduk kampung dipindahkan dari kawasan berhampiran di kedua-dua belah sempadan berikutan pertumpahan darah terbaru itu, menyebabkan empat askar Thailand dan dan tiga askar kemboja maut kelmarin, manakala berpuluh yang lain cedera. "Kebanyakan penduduk di kampung saya meninggalkan rumah masing-masing kerana kebanyakan bedilan meriam Thailand mengenai kawasan berhampiran," kata seorang petani berusia 29 tahun, Has Pov kepada AFP di sebuah kompleks pagoda di mana beliau berlindung bersama isteri dan dua anaknya di bandar Samrong, Kemboja, kira-kira 40 kilometer dari kawasan pertempuran.
Kementerian pertahanan Kemboja mendakwa askar Thailand menceroboh wilayahnya "menggunakan tentera dan pelbagai jenis meriam" dan berkata penduduk awam diletakkan dalam dalam keadaan bahaya. Seperti biasa, kedua-dua negara saling mendakwa memulakan pertempuran terbaru itu yang berlarutan selama beberapa jam semalam. "Secara tiba-tiba mereka menembak ke arah kami," kata Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon kepada AFP. "Mungkin mereka mahu menjadikan isu itu satu isu antarabangsa bagi menarik negara ketiga campur tangan. Kami tidak mahu melawan, tetapi hanya bertahan apabila mereka menembak ke arah kami," katanya. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lohan dipenjara, dibebas bayar jamin Posted: 23 Apr 2011 01:00 PM PDT Dunia LINDSAY Lohan tiba untuk mendengar hukuman, semalam. Sebuah mahkamah di sini semalam yang membicarakan Lohan terhadap dakwaan mencuri rantai, mendapati pelakon Mean Girls itu melanggar syarat pengawasan terhadap satu kes lain membabitkan memandu ketika mabuk dan memiliki dadah. Berikutan perlanggaran syarat itu hakim mahkamah Los Angeles, Stephanie Sautner menjatuhkan hukuman penjara 120 hari dan perkhidmatan masyarakat selama 480 jam di rumah mayat dan penjara wanita. Pelakon itu yang kelihatan keliru dan cemas, segera dibawa dari mahkamah oleh pihak berkuasa ke penjara.Bagaimanapun, peguamnya, Shawn Holley memfailkan notis rayuan, membolehkan Lohan dibebaskan lima jam kemudian. Ia bagaikan satu deja vu bagi bintang terbabit yang berdepan dengan kesalahan keempat dalam tempoh hampir setahun. Hakim Sautner berpendapat Lohan sengaja mengambil rantai bernilai AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai mewah Venice dan menunjukkan kelemahan dengan tidak cuba memulangkannya sehingga membabitkan kes polis.
Timbalan pendakwa raya Danette Meyers, yang mengemukakan empat saksi, tidak bersetuju dengan tindakan hakim meringankan pertuduhan dan berkata pejabatnya akan mengemukakan rayuuan. "Kami pendapat hakim jelas sekali terlalu banyak menggunakan budi bicara," katanya. Sautner bersetuju dengan Meyers bahawa Lohan menunjukkan niat untuk menyimpan rantai terbabit dan berkata pelakon itu memang melakukan satu kesalahan jenayah.
Bagaimanapun beliau berkata berkata kes curi membabitkan barangan lebih bernilai pernah dikurangkan kepada kesalahan kecil. – AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan