Sabtu, 23 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Lindsay dibicara hari ini

Posted: 22 Apr 2011 09:56 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres, Lindsay Lohan dijadual dibicarakan hari ini berhubung tuduhan mencuri barang kemas yang mengancam peluang untuk menghidupkan semula kariernya.

Lindsay, 24, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia mencuri rantai emas berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai di Los Angeles Januari lalu, hanya beberapa minggu selepas menamatkan rawatan pemulihan ketagihan dadah dan alkohol yang diarahkan oleh mahkamah.


Perbicaraan hari ini memberi peluang kali pertama kepada peguam selebriti itu untuk memberi keterangan dan pendakwa raya untuk mengemukakan bukti terhadap aktres itu.

Hakim juga akan memutuskan sama ada bintang 'Mean Girls' itu perlu dibicarakan di depan juri atas tuduhan mencuri yang boleh menyebabkan dia dihukum penjara tiga tahun jika didapati bersalah.


Lindsay masih di bawah pengawasan polis kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan memiliki kokain.


Dia dipenjara dua minggu pada 2010 dan boleh diarah dengan mudah untuk dipenjara sekali lagi jika melanggar syarat pengawasan itu.

Pelakon itu baru-baru ini memperoleh peranan dalam filem mengenai samseng New York, John Gotti. Bagaimanapaun, setakat ini, masih belum jelas bagaimana dia akan menyesuaikan masa untuk penggambaran filem itu lewat tahun ini jika dia dipenjara. Namun, aktres itu bertegas menyatakan dia tidak bersalah.


"Saya tidak dibesarkan untuk menipu atau mencuri," kata Lindsay dalam laman Twitternya Februari lalu.

Rakannya berkata, dia percaya barang kemas itu disewakan kepadanya apabila dia keluar dari kedai itu dengan memakainya. Pernah dianggap sebagai aktres muda yang mempunyai masa depan cerah, karier Lindsay boleh dikatakan hampir musnah. Kali terakhir dia berlakon ialah tahun lalu dalam filem 'Machete.' - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wira revolusi Mesir antara 100 paling berpengaruh

Posted: 22 Apr 2011 09:54 AM PDT

NEW YORK: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, Canselor Jerman, Angela Merkel dan bintang pop remaja, Justin Bieber adalah antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Time itu semalam turut menyenaraikan Wael Ghonim, eksekutif Google berusia 30 tahun yang menjadi wira dalam revolusi Mesir.


"Wael Ghonim mewakili golongan muda yang menjadi sebahagian besar daripada penduduk Mesir," menurut profile dalam majalah berkenaan.

Pengiktirafan juga diberikan kepada Hamada Ben Amor, penyanyi rap Tunisia yang lebih dikenali sebagai 'El Jeneral.' Lagunya, 'Rais Lebled,' (Tuan Presiden) membantu meningkatkan semangat rakyat Tunisia untuk memberontak sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah negara itu selama 23 tahun. Saif al-Islam Kadhafi, yang berikrar untuk menumpaskan pemberontakan di Libya, turut tersenarai. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan