Jumaat, 29 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tidak janji taat William

Posted: 28 Apr 2011 11:14 AM PDT

LONDON: Kate Middleton tidak berjanji akan mentaati Putera William dalam ikrar perkahwinannya hari ini, sebagai mengikut jejak langkah ibu William, Puteri Diana 30 tahun lalu.

Menurut atur cara majlis yang diedarkan semalam, bakal pengantin berusia 29 tahun itu yang menjalin hubungan cinta dengan William selama lapan tahun, sebaliknya akan berikrar untuk menyayangi, menghormati, mengambil berat dan menghargai bakal suaminya itu. Diana membuat ikrar serupa ketika berkahwin dengan pewaris takhta Britain, Putera Charles pada 1981, tidak seperti beberapa anggota diraja lain termasuk Ratu Elizabeth II. Diana dan Charles bercerai pada 1996 sebelum mati dalam dalam kemalangan kereta setahun selepas itu.


Atur cara yang edarkan semalam turut mengandungi mesej daripada pasangan itu yang berbunyi, "satu daripada hari paling bahagia dalam hidup kami". Pasangan itu juga berkata, mereka benar-benar terharu dengan sokongan rakyat apabila lebih sejuta orang dijangka berbaris di sepanjang jalan di London untuk menyaksikan perkahwinan mereka.

"Kami berdua amat gembira anda semua dapat sama-sama meraikan detik yang diharap menjadi satu daripada hari paling bahagia dalam kehidupan kami," bunyi mesej berkenaan.


"Kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan anda semua ketika pertunangan kami membuat kami sungguh terharu.


"Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan atas kebaikan anda semua," kata mereka Gambar hitam putih terbaru pasangan itu yang dirakam jurugambar Mario Testino turut dipamerkan dalam atur cara itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kate impi pikat William sebelum di universiti

Posted: 28 Apr 2011 11:10 AM PDT

JOHANNESBURG: Kate Middleton dikatakan menaruh hati kepada Putera William walaupun sebelum bertemunya di universiti.

Cal Tomlinson, warga Afrika Selatan yang menjadi penyelia Kate ketika dia menjalani latihan musim cuti di syarikat kapal layar Challenge Business pada 2001 berkata, Kate memang menyimpan perasaan terhadap William sebelum memulakan pengajian di St Andrews.


"Kate tidak bercakap kosong ketika dia memberitahu ingin melanjutkan pengajian di Universiti St Andrews di Scotland dan menambat hati William adalah satu daripada impiannya," kata Tomlinson kepada akhbar The New Age. Kate tidak mempedulikan pekerja lain dan Tomlinson berkata dia pernah menasihati mereka yang jatuh hati pada bakal puteri itu. "Saya terpaksa menasihati seorang rakan sekerjanya bahawa dia hanya membuang masa kerana Kate mempunyai sasaran yang lebih besar," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan