Jumaat, 22 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Amitabh sambut ulang tahun pembabitan dalam blog

Posted: 21 Apr 2011 10:41 AM PDT

NEW DELHI: Ramai selebriti menulis blog tetapi tidak ada siapa yang boleh mengatasi bintang mega Bollywood, Amitabh Bachchan.

Pelakon veteran itu yang biasanya menulis 1,000 perkataan sehari, minggu ini menyambut ulang tahun ketiga pembabitkannya dalam penulisan blog.


Dia menyambut ulang tahun itu dengan menulis panjang lebar mengenai keluarga, kepercayaan spiritual dan mengemaskinikan keadaan kesihatannya, rancangan melancong serta corak tidurnya.

Setiap mesej Amitabh menarik pembaca yang ramai serta ratusan ulasan daripada rakyat India yang menganggapnmya sebagai tokoh bapa kebangsaan.


"Terima kasih kerana kehadiran anda," kata Amitabh kepada peminat yang mengucapkan tahniah kepadanya sempena detik bersejarah itu dalam laman blognya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem porno 3D atasi Avatar

Posted: 21 Apr 2011 10:39 AM PDT

HONG KONG: Sebuah filem Hong Kong yang dianggap filem porno 3D pertama di dunia memecahkan rekod box office yang sebelum ini dicatatkan oleh filem Hollywood, Avatar.

'3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy' mencatatkan jualan tiket berjumlah HK$2.8 juta (RM1.08 juta) pada hari pertama tayangannya minggu lalu, mengatasi filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yang mencatatkan jualan tiket sebanyak RM1.01 juta.


Peminat filem dari seluruh latar belakang kehidupan, pekerja pejabat, pesara dan pelajar, berbaris panjang di luar pawagam di Hong Kong pada hari pertama tayangan, untuk menonton filem itu.

Dengan berdasarkan kesusasteraan erotik klasikal Cina, filem berbahasa Kantonis yang menelan belanja RM3.9 juta itu mempamerkan aksi berahi dan babak seks grafik.


Berlatar belakangkan zaman Dinasti Ming, filem itu mengisahkan seorang lelaki muda, selepas diperkenalkan dengan dunia erotik seorang aristokrat, menyedari bekas isterinya adalah cinta sebenar hidupnya.


Aktres porno Jepun, Yukiko Suo dan Saori Hara membintangi filem itu.

Menurut penerbitnya, Stephen Shiu, filem itu mula ditayangkan di Taiwan Jumaat lalu dan turut mencetuskan minat di kebanyakan pasaran di Asia, termasuk Jepun dan Korea Selatan, serta Eropah dan Amerika Syarikat.


Memandangkan permintaan yang menggalakkan, versi filem itu yang lebih panjang akan diedarkan beberapa minggu lagi, kata Stephen kepada wartawan. Menurutnya, penonton boleh melihat babak jenaka lucah sepanjang 15 minit dalam versi panjang itu.

Agensi pelancongan dilapor menganjurkan lawatan untuk menonton filem itu ke Hong Kong dan Taiwan untuk pelancong dari tanah besar China.


Peraturan ketat menghalang tayangan filem berkenaan di negara itu.


'3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy' ditayangkan lebih awal daripada rancangan penerbit filem lain untuk menghasilkan filem porno 3D serupa.


Pengarah Itali, Tinto Brass mengumumkan hasratnya untuk menghasilkan semula filem erotik lama, Caligula dalam bentuk 3D sementara Hustler merancang menerbitkan filem porno Avatar. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan