Jumaat, 22 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


PAP kena hentam kempen siber

Posted: 22 Apr 2011 12:45 PM PDT

Dunia

SEORANG pengguna membaca profil Tin Pei Ling, 27, calon termuda PAP bagi pengundian bulan depan.

SEORANG pengguna membaca profil Tin Pei Ling, 27, calon termuda PAP bagi pengundian bulan depan.

Pemerintah Singapura pergiat kempen hadapi pembangkang menjelang undi 7 Mei

SINGAPURA: Apabila Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperkenalkan calon muka baru wanita berusia 27 tahun sebagai seorang daripada calonnya untuk pilihan raya bulan depan, ia sebagai harapan untuk menarik pengundi muda Singapura.

Tetapi, taktik itu tidak menjadi apabila calon itu, perunding pengurusan, Tin Pei Ling dan PAP diserang dalam internet daripada loghat bahasanya hingga gambarnya dalam Facebook menunjukkan beliau bergaya dengan beg tangan mewah. Adalah jelas, parti pemerintah itu menghadapi kempen pilihan raya paling 'panas' menjelang pengundian 7 Mei depan selepas larangan kempen politik secara online ditarik balik ketika ramai penduduknya menggunakan media baru.

Disebabkan pengharaman iklan panjang mengenai pilihan raya di media cetak dan penyiaran, pembangkang yang hanya mempunyai dua daripada 84 kerusi di Parlimen, menggunakan internet untuk mencapai 2.35 juta pengundi.

Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP) yang juga parti pembangkang, Chee Soon Juan, berkata media sosial membantu melangkau akhbar pro PAP dan televisyen.

"Untuk SDP, ia penting bagi kami di Singapura kerana semua dikawal oleh parti pemerintah," katanya sambil mengakui kesan media sosial hanya dalam jangka pendek.
"Ini adalah kali pertama alat ini digunakan, ia agak baru, mungkin mengambil masa sebelum suasana politik boleh disesuaikan dengan suasana elektronik," katanya.

Tidak hairanlah, PAP yang memerintah sejak 1959 turut menggunakan internet dan media sosial lain untuk mempertahankan kedudukan dengan menyiarkan lebih 200 video memaparkan menteri bergambar dengan bayi bagi profil Facebook mereka.

Walaupun kempen secara rasmi belum dimulakan, sejak minggu lalu, semua parti politik menggunakan Facebook, Twitter, blog dan laman web sendiri untuk mempromosi diri dan calon lain.

"Orang ramai mendapat maklumat politik secara langsung sama ada menerusi rangkaian sosial, adalah wajar ahli politik menarik pengundi menerusi saluran ini," kata pengasas bersama firma perniagaan perisikan, Brandtology, Kelly Choo. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam askar maut di sempadan Thailand-Kemboja

Posted: 22 Apr 2011 12:43 PM PDT

Dunia

Seorang askar Thailand dibantu rakannya selepas cedera dalam pertempuran di sempadan dengan tentera Kemboja yang turut menyebabkan penduduk dekat kawasan dua negara itu dipindahkan ke tempat lebih selamat. Sekurang-kurangnya enam askar maut dalam pertempuran terbaru. Ia kejadian pertama dilaporkan sejak dua negara itu bertarung empat hari berturut-turut pada Februari lalu. Dalam kejadian di kuil kurun ke 11, Preah Vihear, sekurang-kurangnya lapan terbunuh. Pertempuran tercetus beberapa kali sejak 2008, apabila kuil Preah Vihear diberikan status Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabenor wilayah Surin, di Thailand, Serm Chainarong, tempat pertempuran berlaku, berkata pihak berkuasa di sana bersiap sedia memindahkan 5,000 penduduk. Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Chhum Socheat, berkata pertempuran berlaku di sekitar kuil yang juga menjadi pertikaian di Ta Krabey, 250 kilometer ke barat Preah Vihear. – AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan