Jumaat, 18 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Jet pejuang Barat sedia serang Libya

Posted: 18 Mar 2011 03:11 PM PDT

Dunia

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon

PBB lulus zon larangan terbang, Gaddafi umum gencatan senjata serta-merta

GENEVA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan penguatkuasaan zon larangan terbang ke atas Libya serta 'semua langkah wajar' untuk melindungi orang awam daripada serangan tentera rejim pemimpin negara itu Muammar Gaddafi.

Anggota Majlis Keselamatan mengundi 10-0 dengan lima negara tidak hadir termasuk Russia dan China yang mempunyai kuasa veto. India, Jerman dan Brazil juga menyuarakan kebimbangan berikutan kelulusan tindakan ketenteraan oleh pasukan asing di Libya.

Libya kemudian mengumumkan gencatan senjata serta-merta sebagai mematuhi tuntutan Majlis Keselamatan. Tetapi, penentang menuduhnya satu cubaan Gaddafi menipu masyarakat antarabangsa.
Amerika, Perancis dan Britain memberi isyarat mereka sudah membuat rancangan untuk menghalang serangan ke atas orang awam dan menguatkuasakan zon larangan terbang dengan bantuan negara Arab lain.

Tindakan menghalang serangan tentera Gaddafi mungkin dimulakan menjelang esok atau Isnin menggunakan pesawat pejuang, pengebom dan pesawat peninjau.

"Memandangkan keadaan semakin kritikal sekarang, saya menjangka tindakan segera akan diambil selepas resolusi itu diluluskan," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon selepas undian.
Beliau memberi jaminan untuk 'bekerjasama rapat dengan negara anggota dan pertubuhan serantau bagi menyelaraskan tindak balas secara berkesan'.

Pengundian dibuat, lima hari selepas Liga Arab menggesa PBB 'memikul tanggungjawabnya' dengan menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Libya.

Timbalan Duta Libya ke PBB yang berpaling tadah, Ibrahim Dabbashi, terus menggesa dunia bertindak segera bagi menghalang lebih banyak keganasan.

"Nyawa orang awam semakin diancam bahaya dan saya meminta masyarakat antarabangsa bertindak segera," katanya.

Duta Lubnan Nawaf Salam yang bercakap kepada negara Arab kelmarin berkata beliau berharap langkah itu akan 'memainkan peranan sewajarnya' bagi menghalang Libya daripada meneruskan keganasan.

Sementara itu, China amat meragui dan sukar mempercayai keputusan yang diambil Majlis Keselamatan PBB.

Kementerian Luar China dalam kenyataannya berkata, negara itu menentang penggunaan tentera dalam hal-ehwal antarabangsa. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jurutera Jepun kaji timbus loji nuklear

Posted: 18 Mar 2011 03:11 PM PDT

Dunia

TOKYO: Jurutera Jepun mungkin menimbus loji nuklear yang musnah menggunakan pasir dan simen konkrit sebagai cara untuk mengelakkan pelepasan radiasi besar-besaran, kaedah yang digunakan untuk menutup kebocoran besar di Chernobyl, Ukraine, pada 1986.

Ini adalah kali pertama mereka menyarankan langkah menimbus kompleks itu selepas tindakan seperti menjirus air menggunakan helikopter tidak banyak menampakkan kejayaan.

"Tidak mustahil untuk menyaluti rektor dengan konkrit. Tetapi, perkara utama kami ketika ini ialah untuk menyejukkan reaktor itu dulu," kata pegawai dari pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) dalam sidang akhbar. Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter di bandar timur laut negara itu dan meragut ribuan nyawa, serta menghadapi krisis nuklear paling teruk sejak Chernobyl.

Jutaan penduduk Jepun masih berada di rumah dan bangunan sejak Jumaat berikutan kebimbangan penyebaran bahan radioaktif dari kompleks yang terletak 240 kilometer di utara Tokyo, walaupun angin membawa asap tercemar itu jauh dari kawasan penduduk di bandar ke Lautan Pasifik.

Radiasi tidak memberikan risiko segera kepada kesihatan manusia di luar lingkungan loji itu, kata wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di China, Michael O'Leary.

"Pada masa ini, masih belum ada bukti yang penyebaran radiasi melepasi zon di kawasan rektor itu sendiri," kata O'Leary kepada wartawan di Beijing.
Malapetaka nuklear di Jepun turut mencetuskan amaran global dan penilaian terhadap keselamatan loji tenaga atom di seluruh dunia.

Presiden Amerika Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan penilaian menyeluruh terhadap loji nuklear negara itu dan merayu Washington menyokong Jepun.

Pengendali nuklear utama Amerika berkata ia akan mengambil masa berminggu untuk menyejukkan batang bahan bakar di loji Fukushima.

"Ini adalah sesuatu yang mengambil masa untuk menyelesaikannya, mungkin berminggu untuk mengakhiri kepanasan ini daripada reaktor dan kolam kegunaan bahan bakar," kata Pengerusi Pengendali Suruhanjaya Nuklear, Gregory Jaczko di Rumah Putih. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan