Jumaat, 25 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gambar Christchurch sejurus selepas gempa

Posted:

Gambar Christchurch sejurus selepas gempa

Gambar Christchurch sejurus selepas gempa


HOTEL Carlton yang bersejarah musnah dalam gempa bumi di Christchurch pada Selasa lalu.


CHRISTCHURCH, New Zealand – Beberapa buah akhbar semalam menyiarkan gambar situasi di bandar ini beberapa saat selepas gempa bumi berlaku pada Selasa lalu.

Gambar itu menunjukkan debu menyelubungi bandar tersebut.

Dalam gempa bumi itu, seramai 98 orang disahkan terbunuh manakala 299 orang lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat New Zealand enggan menghentikan usaha bagi mencari mangsa-mangsa gempa bumi yang masih hidup semalam di sebalik harapan kini tipis untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang dikhuatiri terperangkap.

"Kita tidak boleh berputus asa kerana di seluruh dunia apabila berlaku bencana seperti ini kita turut menyaksikan keajaiban apabila terdapat mangsa yang berjaya dikeluarkan selepas berhari-hari terperangkap," kata Perdana Menteri John Key dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3.

Gempa bumi itu sekuat 6.3 pada skala Richter yang dianggap yang terkuat selepas gempa bumi 7.0 pada skala Richter pada September lalu tetapi ia tidak melibatkan kematian walaupun 100,000 buah bangunan rosak. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera upahan Gaddafi bedil masjid

Posted:

Tentera upahan Gaddafi bedil masjid

Tentera upahan Gaddafi bedil masjid


BEBERAPA penunjuk perasaan berdiri di depan sebuah bangunan tentera upahan yang musnah di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI, Libya - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membedil sebuah masjid di Zawiya, dekat Tripoli semalam.

Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid itu dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.

Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.

Gaddafi turut menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya adalah disebabkan oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.

Sementara itu, penduduk tempatan telah memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh tentera upahan Gaddafi bagi memerangi penentangan di bandar Benghazi, timur Libya.

Bangunan tersebut rosak teruk dengan banyak dindingnya kini pecah.

Terdapat juga tulisan berupa kecaman terhadap Gaddafi antaranya Libya kini bebas dan Hapuskan Muammar.

Seorang peguam di sini berkata, satu jawatankuasa keselamatan telah ditubuhkan oleh orang awam pada Isnin lalu selepas bandar ini jatuh ke tangan penduduknya.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah menangkap 36 tentera upahan dari Chad, Niger dan Sudan yang diupah oleh tentera Gaddafi untuk berperang di bandar ini.

Beberapa traktor dan jentera pengorek telah digunakan untuk memusnahkan bangunan itu.

"Walaupun mereka (pemerintah) membawa semua tentera upahan dari seluruh dunia, kami tetap akan teguh berdiri dan berperang demi negara kami," kata seorang penduduk Aowath Hussein Sady, 45,

"Rakyat Libya kini bersatu," tambahnya.

Menurut salah seorang penduduk, Gaddafi membelanjakan banyak wang untuk membiayai pemberontakan di Uganda, Burkina Faso dan Chad ketika penduduk Libya ramai yang miskin.

Gaddafi kini berdepan dengan kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya semalam hampir 42 tahun.

Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Kaherah sehingga mengakibatkan Presidennya Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Kelmarin, Menteri Luar Itali, Franco Frattini menganggarkan angka kematian di Libya akibat pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan mencecah sehingga 1,000 orang.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JLO sebak singkir peserta American Idol

Posted:

JLO sebak singkir peserta American Idol

JLO sebak singkir peserta American Idol


JLO (tengah) ditenangkan oleh Randy Jackson (kanan) dan Steve Tyler dalam program realiti American Idol yang
disiarkan kelmarin di Amerika Syarikat.


LAS VEGAS - Juri program realiti televisyen American Idol, Jennifer Lopez, 41, yang popular dengan panggilan JLo menangis semasa dia mengumumkan seorang peserta kegemarannya, Chris Medina, 26, disingkirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Jenny From The Block itu terpaksa ditenteramkan oleh dua juri lain, Randy Jackson dan Steve Tyler selepas dia menyingkirkan Chris dalam program tersebut yang disiarkan kelmarin.

Chris pernah mendedahkan kisah hidup tunangnya, Juliana Ramos yang menderita kerana masalah kecederaan otak akibat terlibat dalam kemalangan kereta sebelum majlis perkahwinan mereka tahun 2009.

Juliana kini meneruskan hidup dengan menggunakan bantuan kerusi roda.

Dia juga tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Chris dan ibu wanita itu memberi sepenuh perhatian untuk menjaganya.

Kisah hidup Chris itu membuatkan JLo berasa amat simpati terhadapnya.

JLo memberitahu peserta tersebut semasa dia menyingkirkannya dengan berkata: "Secara jujurnya, hati saya berkecai untuk menyatakan ini tetapi kamu (Chris) tidak berjaya dalam senarai 24 peserta yang teratas."

Chris kemudian mengucapkan terima kasih kepada juri sebelum beredar.

Namun, sebaik sahaja Chris meninggalkan pentas American Idol, JLo dalam nada sebak berkata: "Saya rasa macam tidak memberitahu dia dengan cara yang betul. Saya rasa teruk sekali. Saya tidak mahu buat ini (penyingkiran) lagi." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan