Jumaat, 25 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pencuri, pengemis palsu ambil peluang kekecohan

Posted: 25 Feb 2011 12:41 PM PST

Dunia

Kisah ceria dibayangi kegiatan jenayah di Christchurch

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand menyuarakan rasa marah atas kegiatan mencuri, meminta derma palsu dan penipuan e-mel terhadap mangsa gempa bumi di Christchurch, lapor akhbar di sini semalam.

Mereka mengutuk pihak yang cuba mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain ketika anggota penyelamat cuba mencari mangsa di bawah runtuhan selepas gempa 6.3 skala Richter melanda, Selasa lalu, menyebabkan 113 orang maut setakat ini. Antara kisah gembira termasuk tindakan pantas Chris Greenslade untuk menyelamatkan tunangnya, Emma Howard , yang terperangkap enam jam tertimbus di bawah runtuhan bangunan pejabat PGC.

Greenslade segera berkejar ke bangunan itu dan mengorek menggunakan tangan untuk mencari dan menyelamatkan tunangnya.

Dalam satu lagi kes, seorang doktor Australia menggunakan sebilah pisau poket dan gergaji besi untuk memotong kaki seorang lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan untuk menyelamatkannya.

Stuart Philip adalah antara beberapa doktor Australia di Christchurch yang menghadiri satu persidangan perubatan apabila gempa meranapkan bandar itu.
Philip memberitahu televisyen ABC, dia bimbang lelaki terbabit akan maut menyebabkannya dan ahli medik lain memutuskan satu-satunya cara untuk menyelamatkan lelaki yang cedera itu yang kakinya hancur di bawah runtuhan tiang berat adalah dengan memotong kakinya.

Tetapi, dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa berkata, semakin ramai penduduk melaporkan orang menyamar sebagai pegawai kerajaan, menunjukkan pengenalan palsu dan pergi dari pintu ke pintu untuk cuba memasuki hartanah mangsa.

Mencuri dan memecah masuk termasuk satu kes seorang wanita ditemui mati, turut dilaporkan manakala e-mel palsu meminta derma sudah ada di mana-mana.

"Saya marah dengan perbuatan orang seperti itu yang melihat bencana sebagai peluang mencari mangsa di kalangan yang terbabit,' kata Superintenden, Russell Gibson kepada Radio New Zealand.

Oleh itu, 300 anggota polis akan ditugaskan meronda di bandar itu bagi menyekat mencuri dan mengawal jenayah tempatan.

Malah, dua daripada anggota polis juga menipu apabila memberitahu menyamar sebagai anggota bomba dan petugas mengenal pasti mangsa.

Gibson menggesa penduduk meminta pengenalan diri orang yang cuba meminta mereka berbelanja.

"Tolonglah periksa siapa mereka, bekerja di mana dan mengapa mereka ada di sini," katanya lagi. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor CIA tuntut dibebaskan

Posted: 25 Feb 2011 12:40 PM PST

Dunia

LAHORE: Seorang kakitangan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Raymond Allen Davis yang berdepan dua tuduhan membunuh di Pakistan, semalam bertegas beliau perlu dibebaskan kerana mempunyai kekebalan diplomatik, kata seorang peguam yang terbabit dalam kes itu.

Penahanan Davis menjadi punca hubungan di antara Amerika dan Pakistan terus tegang walaupun sekutu Washington itu dianggap amat penting bagi memerangi keganasan dan mengakhiri perang di Afghanistan.

Peguam Asad Manzoor Butt yang mewakili keluarga warga Pakistan yang maut selepas ditembak Davis, berkata, dalam perbicaraan yang dilakukan secara tertutup di sebuah penjara di Lahore, pendakwa cuba menyampaikan kertas pertuduhan kepada Davis. "Davis, enggan menandatangani kertas pertuduhan itu dan berkata beliau enggan dibicarakan dalam kes itu kerana mempunyai kekebalan diplomatik mengikut perjanjian antarabangsa mengenai perlindungan ke atas diplomat," katanya. – AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan