Kosmo Online - Dunia |
- Kaherah kembali pulih
- Ramai berbaris keluar wang di Kaherah
- Tandas kapal selam Britain RM10.9b rosak
Posted: Kaherah kembali pulihDUA orang penunjuk perasaan duduk di celah roda sebuah kereta kebal di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. KAHERAH – Perhimpunan ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak masih diadakan semalam sejak 25 Januari lalu. Perhimpunan itu dibuat semasa penduduk Mesir kembali semula menjalani kehidupan harian dengan sejumlah bank dan pasar mula dibuka di sini. Trafik di bandar ini kembali sesak manakala lorong-lorong dipenuhi dengan orang ramai selepas pihak pemerintah meminta para pekerjanya kembali ke pejabat. Lebih banyak kedai dan perniagaan mula dibuka semula. "Adalah baik untuk bekerja semula. Saya tidak pernah meninggalkan rumah sejak demonstrasi bermula dan saya merindui kehidupan saya," kata seorang peguam, Dalia Fahim. Di bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, para pekerja universiti kembali bekerja manakala para pelajar masih bercuti. "Kehidupan seperti pulih sedia kala di sini, terdapat ramai orang berbaris di bank, orang ramai di jalanan dan banyak pengangkutan awam di sini," kata seorang profesor universiti. Pengemis dan penjaja menjual tisu, biskut dan barang kecil yang lain. Bilangan orang awam yang membuat kawalan sendiri juga semakin berkurangan semasa anggota-anggota polis mula kembali bertugas di kawasan-kawasan perumahan. – Agensi |
Ramai berbaris keluar wang di Kaherah Posted: Ramai berbaris keluar wang di KaherahSEBAHAGIAN penduduk berbaris panjang di luar sebuah bank di Kaherah semalam. KAHERAH - Sejumlah orang berdiri di luar beberapa buah bank semalam untuk mengeluarkan wang selepas seminggu bandar raya ini dilanda tunjuk perasaan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas beliau memerintah selama 30 tahun. Namun, wang yang dikeluarkan itu dihadkan dalam jumlah yang tertentu manakala sebahagian orang terpaksa menunggu selama sejam kerana berbaris dalam barisan yang panjang. Tunjuk perasaan bagi menuntut peletakan jawatan Hosni itu berlaku sejak 25 Januari lalu semasa para pekerja menerima gaji bulanan mereka. Namun, tunjuk perasaan itu yang semakin ganas menyebabkan semua bank bertindak menutup operasi masing-masing di sini. "Saya hanya mempunyai 90 pound Mesir (RM46.79). Saya memerlukan wang dengan segera," kata seorang penduduk, Kamal. Bagaimanapun, beberapa buah bank tidak membuka operasi terutamanya yang berada di dalam bangunan yang dirosakkan oleh pencuri sejak minggu lalu. Seorang pengawal keselamatan berkata, bank tempat dia bekerja dekat Dataran Tahrir, Kaherah masih ditutup. Setakat ini tidak jelas bila bursa saham Mesir akan dibuka selepas ia ditutup sejak seminggu lalu. Bursa saham itu ditutup selepas indeksnya jatuh 17 peratus. Eksport negara itu jatuh enam peratus pada Januari lalu ekoran perintah berkurung yang dikuatkuasakan pihak berkuasa pada minggu lalu. Para penunjuk perasaan itu berhimpun sejak 25 Januari lalu bagi menuntut peletakan jawatan Hosni yang dianggap memerintah secara kuku besi manakala taraf kehidupan penduduknya masih tidak berubah selain kadar pengangguran dalam kalangan penduduk masih tinggi. - Agensi |
Tandas kapal selam Britain RM10.9b rosak Posted: Tandas kapal selam Britain RM10.9b rosakKAPAL selam HMS Astute berkuasa nuklear berpatah balik ke pelabuhan Faslane, Scotland kerana masalah kumbahan dan sistem peluru berpandu. LONDON - Kapal selam berkuasa nuklear yang terbaru dan terbesar dalam tentera laut Britain bernilai £1.2 bilion (RM10.9 bilion) kembali semula ke pelabuhan Faslane, Scotland di Sungai Clyde kerana kegagalan sistem sokongan senjata dan masalah kumbahan. Beberapa buah akhbar semalam melaporkan masalah kumbahan itu menyebabkan tandas dalam kapal selam berkenaan tidak dapat digunakan oleh 90 orang anak kapal. Menurut sumber tentera laut, kapal selam HMS Astute itu yang seberat 7,800 tan dan dilengkapi peluru berpandu Tomahawk akan berada di pelabuhan tersebut selama enam minggu untuk kerja-kerja pembaikan. Pihak tentera melancarkan siasatan bagi mengetahui kenapa kapal selam itu mengalami masalah berulang sejak Oktober tahun lalu. Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, kerja-kerja sedang dilakukan bagi memperbaiki sistem sokongan senjata dan kumbahan kapal selam tersebut. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan