Isnin, 7 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ikhwan, kerajaan berunding

Posted: 06 Feb 2011 08:00 AM PST

KAHERAH: Rejim Presiden Hosni Mubarak semalam mengadakan rundingan bersejarah dengan kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin serta penunjuk perasaan yang menawan medan utama di bandar raya ini.

Sementara itu, tentera Mesir meningkatkan tekanan terhadap penunjuk perasaan yang menduduki Medan Tahrir dengan mengetatkan lagi kepungan di sekitar kawasan berkenaan.


Bagaimanapun, penunjuk perasaan yang tidak mempedulikan perkembangan itu, mengadakan upacara keagamaan di medan berkenaan, pusat dan simbol revolusi terhadap kerajaan, bagi memperingati 300 orang yang terbunuh sejak tunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak bermula.

Ikhwanul Muslimin, sebuah pergerakan Islam yang tersusun, sudah sekian lama diharamkan daripada politik Mesir.


Rejim Hosni terpaksa mempelawa musuh ketatnya itu untuk berunding, satu petanda peningkatan kekuatan kumpulan pembangkang.


"Kami akan menyertai rundingan hari ini," kata pegawai Ikhwan, Essam el-Erian.

Agensi berita Mesir, MENA, mengesahkan rundingan bermula semalam.


Selain Ikhwan, parti Wafd, Taggamu, parti berhaluan kiri dan anggota jawatankuasa yang dipilih oleh golongan muda yang menguasai medan berkenaan, menyertai rundingan itu.

"Mereka bertafakur selama seminit sebelum berunding sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam tunjuk perasaan," lapor Mena.


Essam sebelum ini memberi amaran: "Kami dijemput. Kami akan menyertainya. Tetapi penyertaan kami bersyarat, golongan muda perlu diwakili. "Jika tuntutan itu tidak dipenuhi kami berhak untuk mengkaji semula pendirian kami." Ikhwan secara rasminya diharamkan di Mesir tetapi rangkaian khidmat sosialnya dibenarkan dan menjadi asas kepada pergerakan pembangkang. Ia juga meletakkan pengikutnya sebagai calon bebas dalam pilihan raya Parlimen.


Sementara itu, beberapa pemerhati Barat menyuarakan kebimbangan Ikhwan akan menguasai Mesir dan membentuk sebuah kerajaan Islam dan kemungkinan memutuskan hubungan rapat Mesir dengan Washington. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengajaran baik kepada pemimpin autokrat: Ki-moon

Posted: 06 Feb 2011 07:59 AM PST

MUNICH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyifatkan pemberontakan di Mesir dan beberapa negara di Timur Tengah menjadi pengajaran baik kepada rejim autokrat di negara lain.

"Pemimpin kerajaan sepatutnya sentiasa mencuba untuk berhubung dengan rakyat yang keperluan dan hak asasi mereka tidak dipenuhi secara sewajarnya," katanya kepada wartawan yang membuat liputan Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.


"Sebelum impian dan keinginan ini meletus menjadi tunjuk perasaan besar-besaran, saya berpendapat pemimpin kerajaan perlu memberi lebih banyak tumpuan.

"Ini satu pengajaran yang baik," katanya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan