Ahad, 20 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rakyat digesa bertenang

Posted: 19 Feb 2011 10:08 AM PST

MANAMA: Putera Mahkota Bahrain berikrar akan mengadakan dialog kebangsaan selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di ibu negara itu dengan 55 orang dilaporkan cedera.

Putera Mahkota, Sheikh Salman bin Hamad al-Khalifa berjanji mengadakan sesi dialog kebangsaan sebaik keadaan di negara itu kembali tenang. Raja Hamad juga mengumumkan beliau melantik warisnya itu untuk memulakan perbincangan.

Putera Salman yang muncul di kaca televisyen turut menyampaikan takziah kepada rakyat Bahrain terhadap 'detik-detik sukar yang dilalui sekarang.'

"Saya ingin menyampaikan mesej kepada rakyat Bahrain supaya bertenang.

Golongan muda kita berhimpun di jalanan dan percaya mereka tidak mempunyai masa depan di negara ini. Namun, negara ini milik anda semua, rakyat Sunnah dan Syiah," ujarnya.

Beliau turut menggesa semua pihak sama ada anggota tentera, polis dan orang awam supaya mengawal diri dan menjunjung nilai etika.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pula mengecam tindakan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Bahrain yang disuarakannya dalam perbualan melalui telefon dengan pemimpin negara itu yang menjadi sekutu utama AS di Teluk.

Obama berkata: "Kestabilan di Bahrain bergantung kepada rasa hormat terhadap hak rakyatnya dan proses reformasi yang memenuhi aspirasi semua rakyat," lapor kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, semalam.

Pasukan keselamatan Bahrain, semalam melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun untuk menuju ke Dataran Pearl.

Saksi memberitahu, tembakan dilepaskan ke arah orang ramai berhampiran Hospital Salmaniya, kira-kira dua kilometer ke arah selatan bandar raya ini.

"Secara keseluruhannya, 55 orang cedera termasuk empat dalam keadaan kritikal. Mereka dikejarkan ke Hospital Salmaniya," kata anggota Parlimen parti pembangkang berfahaman Syiah, Abdel Jalil Khalil Ibrahim.

Sementara itu, parti pembangkang utama Syiah menolak sidang dialog yang diusulkan pemerintah.

"Tiada sesiapa yang akan berdialog dengan pemerintah sekiranya pihak tentera masih membunuh orang awam," kata anggota parti Wefaq yang meletakkan jawatan di Parlimen, Ibrahim Mattar. - AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petugas perubatan turut titiskan air mata

Posted: 19 Feb 2011 10:05 AM PST

MANAMA: Pasukan keselamatan Bahrain dikecam pelbagai pihak kerana melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan, semalam.

Suasana di Hospital Salmaniya berhampiran dengan insiden kejadian amat tegang hingga petugas perubatan turut menitiskan air mata.


"Dia ditembak di kepala. Saya menyaksikan kejadian itu," kata jururawat kepada sekumpulan wanita yang ternganga mendengar cerita petugas perubatan berkenaan.

Sementara itu, di satu sudut hospital, seorang doktor wanita menangis di bahu rakan doktor lain. Pakar bedah Ortopedik, Bassem Deif merenung imbasan sinar-X tengkorak kepala seorang penunjuk perasaan yang retak dibedil peluru. Dua peluru lagi turut menembusi paha dan lengannya. "Saya tidak tahu senjata jenis apa digunakan mereka kerana saya tidak pernah menyertai perang. Tetapi keadaan ini bagaikan peperangan," katanyanya. Melihat keadaan petugas perubatan sibuk merawat mangsa yang cedera, kumpulan penunjuk perasaan lain turut menghulurkan bantuan.


Mereka mengagihkan air minuman dan makanan kepada anggota keluarga mangsa, petugas hospital dan menyuraikan orang ramai bagi memudahkan petugas bergegas membawa mangsa untuk rawatan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan