Ahad, 20 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bantahan Libya dihujani misil

Posted: 20 Feb 2011 02:00 PM PST

Dunia

  • Lebih 100 penunjuk perasaan terbunuh
  • Ulama rayu henti pembunuhan

  • BENGHAZI: Senjata berat, termasuk misil antipesawat, didakwa digunakan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi di Libya dengan jumlah kematian dilaporkan melebihi 100 orang sejak bantahan ala Mesir tercetus minggu lalu."Kereta kebal dan helikopter dengan membawa askar upahan asing bertempur dengan penunjuk perasaan. Sekurang-kurangnya seorang terbunuh akibat terkena misil antipesawat, manakala beberapa mayat didapati ditembak mesingan berat," kata seorang penyelaras perubatan wilayah di sini.
    Seorang pegawai hospital pula mengesahkan salah seorang yang terbunuh, mati akibat terkena peluru berpandu antipesawat di kepala dan dada.

    Hospital itu dibanjiri mangsa dan ramai penduduk tampil untuk menderma darah.
    "Kebanyakan yang mati dan cedera adalah saudara mara kepada doktor di sini," katanya.

    "Mereka (doktor) menangis dan saya merayu kepada mereka agar tabahkan hati dan membantu mereka yang cedera."
    Selain Benghazi, pertempuran juga dilaporkan tercetus di Al-Bayda, Ajdabiya, Zawiya, dan Darnah, dengan beberapa saksi menyatakan bom Molotov, raifal dan pedang antik Arab digunakan penunjuk perasaan.

    Penunjuk perasaan di Ajdabiya mengisytiharkan bandar mereka 'merdeka' selepas membakar ibu pejabat Jawatankuasa Revolusi yang diketuai oleh pemimpin Libya Muamar Gaddafi, bersama-sama 14 bangunan lain.

    Laporan juga menyatakan ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, mati ketika melompat dari jambatan untuk melarikan diri dari tentera upahan asing yang disyaki didatangkan dari negara jiran seperti Chad.

    "Berpuluh terbunuh ... kami sedang berada di tengah-tengah medan pembunuhan kejam di sini," seorang saksi memberitahu Reuters. Lelaki itu berkata beliau sendiri membantu membawa mangsa cedera ke hospital di Benghazi.

    Saksi itu berkata, pasukan keselamatan berundur ke kawasan berpagar di tengah bandar itu selepas menembak orang ramai yang pulang daripada upacara pengebumian penunjuk perasaan yang terbunuh pada hari sebelumnya.

    Tindakan berdarah pasukan keselamatan mendorong kira-kira 50 pemimpin agama di Libya mengemukakan rayuan yang dihantar kepada agensi berita Reuters meminta pembunuhan dihentikan.

    "Ini adalah rayuan segera daripada pemimpin agama, ulama, ahli pendidikan dan pemimpin puak dari Tripoli, Bani Walid, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah dan bandar serta perkampungan di kawasan barat.

    "Kami meminta kepada setiap Muslim di dalam rejim atau yang membantunya dalam apa juga cara, untuk mengakui bahawa membunuh orang yang tidak bersalah adalah dilarang oleh Allah dan Rasul. Jangan bunuh saudara anda. Henti pembunuhan sekarang juga!," kata kenyataan itu. – Reuters/Agensi


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Israel risau keselamatan terancam

    Posted: 20 Feb 2011 01:58 PM PST

    Dunia

    GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan  pada 2009.

    GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan pada 2009.

    Netanyahu dakwa Iran mahu tonjol kuasa hantar 2 kapal perang ke Terusan Suez

    BAITULMAQDIS: Israel melihat penghantaran dua kapal perang Iran ke Laut Mediterranean sebagai perkembangan yang sangat membimbangkan, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketika kapal terbabit dijangka melepasi Terusan Suez.

    Mesir memberikan kebenaran kepada kedua-dua kapal melintasi terusan itu ke Syria, buat pertama kali kapal perang Iran melakukannya sejak revolusi Islam 1979. Laluan berkenaan mencetuskan kritikan dari Israel dengan Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman, menyifatkan ia sebagai satu provokasi.

    Ketika mesyuarat mingguan semalam, Netanyahu berkata Israel melihatkan pergerakan kapal terbabit sebagai satu penonjolan kuasa Iran.

    "Hari ini kita menyaksikan ketidakstabilan rantau di mana kita tinggal dan Iran cuba untuk mengambil kesempatan dengan menonjolkan pengaruhnya dengan menghantar dua kapal perang melintasi Terusan Suez," kata Netanyahu berdasarkan kenyataan dikeluarkan pejabat beliau.

    "Israel melihat inisiatif Iran itu secara serius berikutan perkembangan yang berulang kali kita katakan sejak beberapa tahun lalu mampu mengancam keselamatan Israel," katanya.
    Seorang pegawai kanan Terusan Suez memberitahu kapal perang Iran belum lagi tiba di perairan berkenaan, selepas sebuah stesen televisyen Iran sebelum itu melaporkan kapal terbabit sudah berada di Mediterranean.

    "Tiada kapal Iran melaluinya. Bukan hari ini, semalam dan hari sebelumnya," kata ketua bilik operasi terusan terbabit, Ahmed al-Manakhly, melalui telefon.

    Manakhly tidak menyatakan bila kedua-dua kapal perang Iran itu dijadualkan tiba, tetapi pegawai terusan secara peribadi berkata mereka menjangkakan ketibaan kedua-dua kapal berkenaan awal Isnin ini.

    Kapal Kharg dilaporkan mempunyai kira-kira 250 krew dan boleh membawa sehingga tiga helikopter dalam satu-satu masa. Sementara itu, Alvand pula dilengkapi torpedo dan juga kapal penangkis peluru berpandu.

    Agensi berita Mesir, MENA melaporkan permohonan kapal itu melalui Terusan Suez dipersetujui berikutan mereka tidak membawa senjata, bahan nuklear atau kimia. –AFP


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan