Jumaat, 4 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Hosni tidak mahu tunduk

Posted: 02 Feb 2011 07:14 AM PST

KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak tidak mengendahkan desakan lebih suku juta penduduk Mesir supaya beliau meletak jawatan serta-merta.

Beliau sebaliknya mengumumkan akan terus berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir September ini dan akan 'mati di bumi Mesir.' Hosni turut berjanji untuk tidak bertanding semula. Bagaimanapun, ikrarnya itu gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir sementara pertempuran meletus antara penyokong dan penentangnya.


Penunjuk perasaan bertegas menyatakan mereka tidak akan mengakhiri bantahan mereka yang sudah berlarutan selama seminggu kecuali Hosni yang sudah memerintah sejak 30 tahun lalu, meletak jawatan.

Tawaran pemimpin Mesir itu untuk terus berkhidmat selama tujuh bulan lagi, mengancam meningkatkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.


Di Iskandariah, pertempuran meletus antara beratus-ratus penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan tidak lama selepas Hosni berucap.


Penunjuk perasaan melontar batu ke arah penyokong kerajaan yang bersenjatakan pisau dan kayu sehingga tentera melepaskan tembakan ke udara untuk menghentikan kekacauan itu, kata seorang wartawan tempatan, Hossam el-Wakil.

Sementara itu, ucapan Hosni dicemuh oleh penunjuk perasaan di Medan Tahrir yang menonton siasaran secara langsung menerusi sebuah televisyen besar.


Dalam ucapan selama 10 minit itu, Hosni, 82, keliharan muram tetapi bercakap dengan nada tegas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tunduk.

Beliau menegaskan, walaupun jika tunjuk perasaan itu tidak berlaku, beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan presiden bagi penggal keenam pada September ini.


Hosni berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingga penggal perkhidmatannya tamat bagi memenuhi langkah yang diperlukan untuk pemindahan kuasa secara aman.


Hosni, bekas panglima tentera udara, juga berikrar untuk tidak akan meninggalkan negara itu.


"Ini adalah tanah tumpah darah saya. Saya tinggal di sini, berjuang untuknya, mempertahankan bumi, kedaulatan dan kepentingannya.


"Di bumi ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya dan anda semua," katanya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang gesa lebih banyak protes

Posted: 02 Feb 2011 07:10 AM PST

KAHERAH: Sebuah pakatan pembangkang Mesir semalam menggesa lebih banyak tunjuk perasaan diadakan.

Ia juga berkata, rundingan dengan Naib Presiden Omar Suleiman akan diadakan hanya jika Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.


"Kumpulan pembangkang sudah bersedia untuk berunding dengan Naib Presiden Omar Suleiman hanya selepas Hosni meletak jawatan," kata jurucakap kumpulan itu, Mustafa Naggar.

Hosni sebelum ini mengarahkan Omar memulakan rundingan dengan kumpulan pembangkang.


"Kami menggesa orang ramai terus menunjuk perasaan di Medan Tahrir dan kami meminta mereka menyertai 'Jumaat Untuk Letak Jawatan,' dengan berarak dari semua wilayah di Mesir ke Medan Tahrir di Kaherah, Parlimen dan stesen televisyen," menurut kenyataan yang dibacakan oleh Mustafa.


Pakatan pembangkang itu termasuk Persatuan Untuk Perubahan yang diketuai oleh Mohamed ElBaradei, Ikhwanul Muslimin dan beberapa kumpulan lain. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan