Utusan Online - Luar Negara |
Kumpulan Baju Merah anjur tunjuk perasaan Posted: Kumpulan Baju Merah anjur tunjuk perasaanBANGKOK 23 Jan. - Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan yang mengadakan protes di tengah Bangkok hari ini bagi menuntut keadilan ke atas mangsa yang terbunuh pada Mei tahun lalu, setelah pihak berkuasa menggempur penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah. Tunjuk perasaan itu telah mengakibatkan lalu lintas di tengah bandar raya ini tergendala. Lebih 30,000 penunjuk perasaan berhimpun di Jalan Ratchaprasong, sebuah daerah membeli-belah terkenal di tengah ibu negara ini sempena memperingati insiden tersebut di tempat yang sama pada 19 Mei 2010. Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) yang juga dikenali sebagai kumpulan Baju Merah mengadakan demonstrasi selama 69 hari di sini pada tahun lalu dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva. Protes berterusan yang dilancarkan oleh kumpulan itu telah membawa kepada pertempuran berdarah dengan pihak berkuasa yang mengakibatkan 92 orang terkorban, termasuk 11 tentera, polis dan dua wartawan asing. Kebanyakan pemimpin Baju Merah telah ditahan dalam insiden pada 19 Mei lalu dan masih berada dalam penjara sementara menunggu kes dibentangkan di mahkamah atas tuduhan melakukan keganasan dan mencabul dekri kecemasan negara. Baju Merah berikrar untuk mengadakan protes setiap bulan di Ratchaprasong bagi menuntut keadilan ke atas pemimpin mereka yang dipenjarakan dan mangsa-mangsa tindakan keras pihak berkuasa pada tahun lalu. "Saya datang ke sini untuk menghantar mesej kepada kerajaan bahawa Baju Merah masih berada di sini," kata seorang penunjuk perasaan berusia 54 tahun dari wilayah Sukhothai. Sementara itu, pemilik premis perniagaan di Ratchaprasong turut mengadakan protes terhadap kumpulan Baju Merah dengan mendakwa perhimpunan besar-besaran pada hujung minggu kumpulan itu mengganggu perniagaan mereka. "Kami tidak datang ke sini untuk mengganggu perniagaan di Ratchaprasong. "Kami datang untuk menuntut keadilan ke atas mereka yang terbunuh," kata pemimpin Baju Merah. - DPA |
Polis, penduduk bertempur 42 cedera Posted: Polis, penduduk bertempur 42 cederaALGIERS 23 Jan. - Polis Algeria bertempur dengan sekumpulan penunjuk perasaan pro-demokrasi di ibu negara ini hari ini menyebabkan 42 orang cedera ketika polis cuba menghalang perarakan ke bangunan Parlimen, bagi mengelakkan berlaku kekacauan seperti di Tunisia. Menteri Dalam Negeri bagaimanapun berkata, hanya 19 orang yang cedera termasuk 11 orang penunjuk perasaan dan lapan anggota polis. Menurut ketua parti pembangkang Perhimpunan Untuk Budaya dan Demokrasi (RCD), Said Sadi, jurucakap mereka, Mohsem Belabbes adalah antara yang cedera, manakala ketua kumpulan daripada parti itu, Othmane Amazouz, yang juga merupakan seorang anggota Parlimen ditahan. Seorang lagi ahli Parlimen, Arezki Aiter turut ditahan tetapi dibebaskan sejam kemudian. Kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan itu yang sepatutnya berarak dari Place de la Concorde ke bangunan Parlimen tetapi mereka disekat oleh polis yang bersenjatakan baton dan gas pemedih mata selama enam jam sehingga mereka bersurai. Sambung Sadi, ibu pejabat partinya itu di bandar ini telah dikepung dan mereka berasa seperti banduan. "Kami tidak dapat melancarkan kempen secara aman apabila kami di kepung sebegini," ujarnya menggunakan pembesar suara kepada orang ramai dari tingkap di tingkat pertama bangunan itu. Kumpulan pembantah itu mengibarkan bendera Tunisia dan Algeria sambil melaungkan, "Algeria yang bebas, Algeria yang demokrasi," dalam bahasa Arab. Turut dilihat, salah seorang ketua bahagian daerah parti itu, Reda Boudraa, berdarah di bahagian kepala selepas dipukul oleh polis dengan baton polis. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan