Harian Metro: Global |
Posted: 22 Jan 2011 05:55 AM PST LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu. Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.
Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.
Katanya: "Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka. "Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian," katanya. Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun |
Perut buaya berdering selepas ia tertelan telefon bimbit Posted: 22 Jan 2011 05:54 AM PST KIEV: Pekerja di sebuah akuarium di Ukraine tidak percaya apabila seorang pengunjung mengadu seekor buaya menelan telefon bimbitnya hingga menyebabkan reptilia itu mula 'berdering.' Kejadian yang berlaku di bandar Dnipropetrovsk, selatan Ukraine, hampir sama dengan cerita 'Peter Pan,' yang membabitkan seekor buaya menelan sebuah jam.
Sudah empat minggu dia tidak makan dan kelihatan tertekan dan sakit.
Pekerja akuarium tidak percaya apabila Rimma mengadu kejadian itu.
Sejak itu, Gena enggan makan dan resah. Dia juga tidak mahu bermain dengan tiga buaya Afrika lain walaupun selama ini menjadi ketua dalam kumpulan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan