Jumaat, 28 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


43 tahun kerja tanpa sakit

Posted: 27 Jan 2011 08:23 AM PST

LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.

Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari.


Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.

Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.


Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.


"Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain.

"Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya," katanya.


Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.

Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat.


"Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar," katanya.


Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.


Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.


Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.


Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.


Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lelaki minta bantuan polis elak isteri kuat seks

Posted: 27 Jan 2011 08:22 AM PST

BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya.


Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.

"Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks," katanya.


Hasil perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu, pasangan itu dikurniakan dua anak.


Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.

"Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup," katanya. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan