Harian Metro: Global |
Posted: 19 Jan 2011 08:36 AM PST LONDON: Selebriti Katie Price akhirnya membuka mulut mengenai keruntuhan perkahwinannya dengan Alex Reid semalam dan mendedahkan mengapa dia terpaksa meninggalkan suaminya itu. Dalam kenyataan penuh emosi, Katie atau lebih dikenali sebagai Jordan, 32, berkata, dia sudah melakukan semampu mungkin supaya perceraian itu berlaku secara damai.
Peragawati itu berkata: "Terus-terang, saya tidak boleh bertolak ansur dengan seseorang seperti ini. Pada asalnya saya cuba untuk membantunya dalam kariernya. Bagaimanapun, keghairahan Reid untuk membuatkan dirinya terkenal menyebabkan hubungan kami terjejas serta menyumbang kepada keterasingan dalam hidup kami." - TS |
Lelaki cabul guru disebat 25 kali depan umum Posted: 19 Jan 2011 08:33 AM PST COLOMBO: Mahkamah di Maldives mengarahkan seorang lelaki dirotan 25 kali di hadapan umum dan dipenjara dua tahun kerana mencabul seorang guru perempuan Jepun, kata jurucakap polis, Ahmed Shiyam, semalam. Menurut Ahmed, hukuman dijatuhkan mahkamah jenayah di Mali selepas suspek mengaku bersalah dalam kejadian yang dilakukan November lalu.
Negara yang terkenal untuk destinasi bulan madu itu mempunyai undang-undang shariah tersendiri yang membolehkan hukuman sebat di khalayak ramai dilakukan terhadap pesalah jenayah seksual. "Pesalah itu akan disebat 25 kali pada waktu yang akan ditentukan mahkamah kelak," katanya lagi. - AFP |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan