Berita Harian: Dunia |
Empat askar Thai maut kena serang Posted: 20 Jan 2011 10:41 AM PST Dunia Pemberontak serang kem di wilayah selatanNARATHIWAT: Berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa lagi dalam satu serbuan ke atas sebuah kem tentera di wilayah selatan Thailand dengan majoriti penduduk beragama Islam. Dalam satu serangan luar biasa di wilayah yang dilanda pemberontakan itu, kira-kira 50 militan menyerang unit terbabit di wilayah Narathiwat petang kelmarin, mencetuskan satu pertempuran senjata, kata Kolonel Banphot Poonpien. "Empat askar terbunuh dalam serangan itu dan tujuh lagi cedera. Daripada jumlah itu empat dalam keadaan kritikal," katanya.Militan melarikan lebih 50 raifal dan kira-kira 5,000 peluru dalam serbuan terbabit, meletupkan bom dan membakar dua rumah serta sebuah khemah dalam pangkalan terbabit, kata satu kenyataan dari ibu pejabat tentera selatan Thailand. Tentera yang terbunuh berusia antara 23 hingga 33 tahun. Kumpulan pemisah melancarkan kempen ganas di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang maut kedua-dua mereka adalah penduduk Islam dan Buddha. Suthep Thaugsuban, timbalan perdana menteri yang memantau keselamatan negara berkata pihak militan melancarkan serangan baru untuk menakutkan penduduk tempatan. "Mereka mahu menunjukkan kekuatan mereka," katanya kepada pemberita, sehari selepas membuat lawatan ke wilayah yang bermasalah itu. Lebih 60,000 pegawai keselamatan ditempatkan di wilayah itu untuk berhadapan dengan militan yang tidak jelas tujuan mereka. Pengkritik mendakwa kerajaan gagal untuk menangani rasa terkilan penduduk Melayu Islam Thailand yang juga golongan minoriti di negara itu termasuk dakwaan penderaan oleh pihak tentera dan kurangnya rasa hormat terhadap etnik, identiti, bahasa dan wilayah terbabit. – AFP |
Selatan Sudan menang majoriti jadi negara terbaru dunia Posted: 20 Jan 2011 10:40 AM PST Dunia JUBA: Selatan Sudan memenangi majoriti yang diperlukan untuk menjadi negara terbaru di dunia selepas keputusan pungutan suara di 60 peratus kawasan diisytiharkan semalam.Beberapa wilayah di 10 negeri termasuk yang paling popular, Jonglei mula mengira undian mereka selepas kertas undian dan keputusan dibawa dari pusat undian. Bagaimanapun angka yang diperoleh AFP dari pegawai undian negara dan negeri di seluruh selatan menunjukkan 2,224,857 undian mahu kawasan penduduk Kristian, Afrika itu dipisahkan daripada kawasan penduduk Islam, Arab di utara Sudan. Ia melebihi majoriti mudah sebanyak 1.89 juta undi yang diperlukan daripada sejumlah 96 peratus pengundi daripada 3,932,588 pengundi berdaftar yang keluar mengundi.Di Lakes, bandar Rumberk yang menyaksikan ibu pejabat pemisah ketika perang sivil 1983-2005 dengan sejumlah 298,216 daripada 300,444 pengundi memilih kemerdekaan dari Sudan, lebih 99.9 peratus. Hanya 227 memilih untuk tidak merdeka, kurang satu per sepuluh dari satu peratus dengan keseimbangan membuatkan undi tidak sah atau kosong. Di Central Equatoria termasuk ibu kota Juba dan menjadi negeri di selatan dengan jumlah penduduk kedua paling ramai, 449,321, 98.2 peratus daripada 457,452 pengundi memilih kemerdekaan.
"Ini adalah satu keputusan besar," kata Mohammed Lowala, yang menjadi antara orang ramai yang berkumpul. "Anda tidak akan mendapat satu keputusan lebih jelas yang selatan mahukan kemerdekaan," katanya. "Penduduk Juba bersuara untuk kemerdekaan dan saya pasti bahawa seluruh selatan akan mengikutnya." Pejabat dengan atap zink di tengah Juba yang menjadi pusat kiraan dipenuhi pegawai sejak awal pagi untuk memeriksa semula keputusan yang diserahkan di bawah pemantauan pemantau. Keputusan sepenuhnya akan diketahui bulan depan berikutan ia perlu diteliti di peringkat serantau dan ditambah kepada penduduk selatan yang mengundi di lapan negeri utara yang didiami mereka. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan