Sabtu, 8 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Firma Itali cipta simen telus

Posted: 07 Jan 2011 11:02 AM PST

ROME: Sekumpulan arkitek berjaya mencipta 'simen telus' yang membolehkan cahaya masuk menerusi bahan binaan itu dan menjadikan dinding sesebuah bangunan seperti tingkap gergasi.

Bahan itu - dinamakan sebagai i.light - mempunyai banyak lubang halus bagi membolehkan cahaya melaluinya tanpa menjejaskan keteguhan struktur.


Perbezaan konkrit itu hanya dapat dikesan jika ia dilihat dari jarak dekat apabila ada liang seluas dua hingga tiga milimeter padanya.

Pada hari cerah, persekitaran dalaman bangunan diperbuat daripada simen itu seperti disinari lampu pada dinding dengan sebahagian daripada cahaya matahari disaring bagi mengelakkan terlalu terang.


Simen itu dihasilkan dengan campuran sejenis damar khas oleh syarikat Itali, Italcementi.


Setakat ini i.light hanya pernah digunakan sekali - bagi membina tapak pameran Itali di Ekspo Shanghai di China, tahun lalu.

Bahan itu dikatakan menarik perhatian banyak pihak kerana mampu menjimatkan penggunaan elektrik.


Italcementi menggunakan i.light pada 40 peratus daripada bangunan pameran setinggi 18 meter itu, atau 3,774 panel telus dan separa telus dengan jumlah berat keseluruhan 189 tan.

Bagi setiap panel, ada kira-kira 50 liang halus bagi membolehkan 20 peratus cahaya melaluinya berbanding 10 peratus pada panel separa telus.


Sebelum ini, ada pengeluar menghasilkan bahan hampir sama menggunakan kabel gentian optik, tetapi menurut Italcementi, i.light jauh lebih baik daripada produk itu.


Pengarah Inovasi Italcementi Group, Enrico Borgarello, berkata 'simen telus' itu menggunakan damar plastik yang lebih murah berbanding gentian optik.


"Tambahan pula kemampuan i.light 'menangkap' cahaya jauh lebih baik kerana ia memiliki sudut visual yang lebih lebar," katanya. Ketika ini, belum dapat dipastikan sama ada i.light akan dipasarkan di seluruh dunia. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Guru wanita terlampau ditahan

Posted: 07 Jan 2011 11:00 AM PST

PLAINFIELD (Illinois): Seorang guru pendidikan jasmani ditahan kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya, kata polis semalam.

Sumber berkata, polis percaya guru wanita itu, Ashley Blumenshine, menjalin hubungan melampau dengan remaja berusia 16 tahun sejak sebulan lalu.


Kata sumber, Ashley, 27, ditahan di belakang sebuah pusat beli-belah sejurus selepas dia dilihat berada dalam kereta bersama remaja terbabit kira-kira jam 6.30 petang.

Ketika itu seorang daripada mereka dilihat dalam keadaan separuh bogel.


"Polis yakin Ashley baru saja selesai mengadakan hubungan seks apabila dia diberkas," katanya.


Ashley mengajar tarian dan pendidikan fizikal di Sekolah Tinggi Plainfield North sejak empat tahun lalu dan memang popular di kalangan pelajarnya. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan