Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 43 maut serangan bom
KHAR, Pakistan 25 Dis. – Seorang pengebom berani mati yang berpakaian burqa menyerang sekumpulan penduduk yang menunggu bantuan makanan di barat laut Pakistan hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 43 orang. Serangan di wilayah Bajaur bersempadan dengan Afghanistan itu berlaku sehari selepas pertempuran antara pemberontak Taliban Pakistan dengan tentera keselamatan di wilayah jiran Mohmand yang mengakibatkan 11 tentera dan 24 militan terbunuh. Letupan berlaku di pusat pengagihan catuan Program Makanan Sedunia (WFP) di Khar, bandar utama daerah Bajaur. "Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera dalam letupan berani mati itu," kata pegawai pentadbir puak, Sohail Khan. Ketua hospital kerajaan, Doktor Mohammad Hafeez mengesahkan angka kematian itu dan memberitahu kanak-kanak dan wanita adalah antara mangsa yang terbunuh. Pegawai tinggi kerajaan di Bajaur, Zakir Hussain berkata, angka kematian mungkin meningkat ekoran beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Jantina pengebom yang memakai pakaian burqa itu tidak dapat dipastikan. Dia meletupkan dirinya ketika beratus-ratus orang puak Salarzai menuju ke pusat pengagihan makanan WFP. Jurucakap WFP berkata, serangan berlaku di tempat pemeriksaan keselamatan berhampiran pusat pengagihan itu. Menurut saksi, penyerang itu pada awalnya membaling bom tangan ke arah kumpulan penduduk itu sebelum meletupkan bom. Bajaur pernah menjadi kawasan kubu kuat Taliban yang melancarkan beberapa pengeboman dan serangan berani mati. Tentera Pakistan yang melancarkan operasi memerangi Taliban pertama di daerah ini pada Ogos 2008 berulang kali mendakwa berjaya menghapuskan ancaman pemberontak itu. – AFP/Reuters | ||
Eropah dilanda ribut salji lagi Posted: Eropah dilanda ribut salji lagiPARIS 25 Dis. - Beribu-ribu penumpang terkandas di lapangan terbang utama Paris semalam selepas beratus-ratus penerbangan Krismas dibatalkan ekoran cuaca sejuk dan salji tebal yang menyebabkan gangguan perjalanan di seluruh Eropah. Kira-kira 400 penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Roissy-Charles de Gaulle itu dibatalkan, kurang daripada jangkaan awal iaitu 670 penerbangan. Penerbangan di Belgium dan Jerman turut terjejas dan pemandu kenderaan tidak menggunakan jalan raya ekoran selatan Eropah bergelut menghadapi cuaca sejuk terbaru. Sekurang-kurangnya 2,000 orang perlu dipindahkan dari Terminal 2E, Charles de Gaulle kerana salji tebal terbentuk di atas bumbung, tempat yang pernah runtuh pada Mei 2004 sejurus selepas ia dibuka dan mengorbankan empat orang. "Saya sangat letih sehingga tidak mempunyai tenaga untuk marah. Penerbangan saya ke Milan dibatalkan dua kali. Pembatalan pertama ketika tidak ada salji," kata seorang wanita Perancis, Zoe Stephanou, 45. Cuaca sejuk kali ini menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya di seluruh Eropah dengan beribu-ribu penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau berek dan di dalam feri atau lapangan terbang ekoran salji tebal. Namun keadaan cuaca yang semakin elok di utara Perancis petang semalam membolehkan sejumlah besar penerbangan beroperasi. Perkhidmatan dijangka berjalan seperti biasa pagi ini, menurut operator lapangan terbang. Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang berkata, antara 200 dan 300 penumpang menghabiskan hari sebelum Krismas mereka di Roissy-Charles de Gaulle dan mereka diberikan coklat dan mainan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan