Utusan Online - Luar Negara |
Amir Qatar bakal umumkan penyerahan kuasa Posted: 24 Jun 2013 11:10 AM PDT DOHA 25 Jun - Amir Qatar akan mengumumkan keputusannya menyerahkan kuasa pemerintahan kepada anaknya, Putera Mahkota Sheikh Tamim pada awal pagi ini, kata pihak istana dan seorang pegawai, semalam. "Istana diraja mengumumkan bahawa Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa al-Thani akan berucap kepada rakyat Qatar pada pukul 8 pagi waktu tempatan hari ini, kata satu kenyataan yang disiarkan agensi berita QNA. Menurut pegawai kerajaan, Amir akan `mengumumkan peralihan kuasa kepada anaknya. - AFP |
Presiden Syria tidak akan letak jawatan Posted: 24 Jun 2013 11:09 AM PDT DAMSYIK 25 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan pada satu persidangan damai yang dicadangkan di Geneva namun hanya akan membincangkan pembentukan satu kerajaan perpaduan nasional. Menteri Luarnya, Walid al-Muallem dalam satu sidang media di sini semalam turut membidas keputusan penyokong pemberontak Syria bagi melengkapkan mereka dengan senjata dan menyifatkan ia hanya akan memanjangkan konflik yang telah masuk 28 bulan. "Presiden Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan. Jika syarat anda (untuk rundingan di Geneva) adalah peletakan jawatan Presiden, maka jangan peduli untuk datang, katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan