Berita Harian: Dunia |
Indonesia minta ganti rugi kurang kuota haji Posted: 24 Jun 2013 01:59 PM PDT Bayaran deposit penginapan, makan minum sudah dibuat di Arab Saudi Jakarta: Indonesia menuntut pampasan dari Arab Saudi berikutan kerugian yang ditanggung selepas Riyadh mengurangkan kuota jemaah haji sehingga 20 peratus tahun ini. Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Zubaidi berkata pengurangan kuota berkenaan mengakibatkan kerugian selepas bayaran deposit sudah dibuat untuk penginapan dan makan minum di Arab Saudi menjelang musim haji yang dijadualkan bermula September depan. Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Zubaidi berkata pengurangan kuota berkenaan mengakibatkan kerugian selepas bayaran deposit sudah dibuat untuk penginapan dan makan minum di Arab Saudi menjelang musim haji yang dijadualkan bermula September depan. Kerajaan Indonesia sudah membayar lebih 680 bilion rupiah (RM220.5 juta) bagi pakej biasa dan istimewa haji tahun ini, kata Zubaidi. Indonesia runding Pihak berkuasa Indonesia juga dilaporkan sudah menghantar wakil ke Arab Saudi untuk berunding bagi mengelak kemungkinan kerugian yang terpaksa ditanggung. "Malam ini, delegasi kementerian akan ke Arab Saudi untuk berunding dengan pengusaha tempatan di sana yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan kepada jemaah. "Kami berharap mereka dapat memulangkan semula wang yang sudah dibayar bakal jemaah yang nama mereka dibatalkan," katanya. Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali turut menghantar surat aduan kepada kedutaan Arab Saudi di Jakarta mengenai pengurangan kuota itu tetapi mereka hanya akan memberi maklum balas pada Jumaat. "Menteri terbabit bercadang berjumpa dengan wakil kerajaan Arab Saudi awal minggu ini untuk bertanya mengenai dasar terbabit tetapi menangguhkan lawatan selepas mendapat tahun kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan keputusan akhir," katanya. Kementerian Hal Ehwal Haji Arab Saudi sebelum ini menerangkan pengurangan 20 peratus kuota haji dilaksanakan kepada semua negara di seluruh dunia berikutan kerja pembangunan dan pembinaan besar-besaran di Masjidil Haram untuk membesarkan kawasan tawaf. - AGENSI |
Posted: 24 Jun 2013 01:48 PM PDT London: Lebih satu pertiga pesakit yang dijangkiti jenis baru selesema burung maut selepas dimasukkan ke hospital awal tahun ini, lapor penyelidik China dalam satu kajian baru. Sejak virus H7N9 melanda China Mac lalu, lebih 130 orang jatuh sakit dan 37 orang maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap H7N9 sebagai "antara virus paling banyak membawa maut' kerana tersebar dengan pantas berbanding H5N1.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan