Utusan Online - Luar Negara |
Tentera Yemen gagalkan cubaan letupkan stesen gas Posted: 02 Jun 2013 09:47 AM PDT ADEN 3 Jun - Tentera Yemen semalam, menggagalkan cubaan meletupkan stesen mengepam gas di selatan negara ini selepas menembak seorang suspek pengebom berani mati al-Qaeda ketika dia cuba merempuh kenderaan yang sarat dengan bahan letupan yang dipandunya ke arah kompleks itu. Menurut jurucakap pihak keselamatan yang tidak mahu dikenali, tentera yang mengawal kemudahan gas di bandar pelabuhan selatan Balhaf itu bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang sedang meluru ke arah mereka sekali gus mengakibatkan ia meletup di luar pintu masuk stesen berkenaan. "Kenderaan itu meletup sebelum ia sempat sampai ke pelabuhan dan tidak mengakibatkan sebarang kematian di kalangan anggota tentera, katanya yang menambah, pengebom itu maut dalam letupan itu tanpa menjejaskan kemudahan tersebut. - REUTERS |
1,700 penunjuk perasaan anti kerajaan Turki ditahan Posted: 02 Jun 2013 09:46 AM PDT ANKARA 3 Jun - Lebih 1,700 orang di Turki ditahan kerana menyertai bantahan anti-kerajaan sejak Selasa lalu yang merebak ke 67 bandar-bandar di seluruh negara dengan kebanyakannya telah dibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri, Muammer Gler, semalam. "Sebahagian besar daripada tahanan telah dibebaskan selepas disoal siasat dan dikenalpasti," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Anatolia. Beliau menambah, sebanyak 235 demonstrasi telah diadakan di Turki sejak Selasa lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan