Harian Metro: Global |
Posted: 01 Jun 2013 12:17 PM PDT London: Graham Harrison, 57, yakin dia sudah mati walaupun gagal dalam cubaan membunuh diri. Keyakinan itu begitu mendalam sehingga dia menghabiskan masa sembilan tahun berkeliaran di tanah perkuburan.
Doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Cotard atau dikenali sebagai sindrom mayat hidup penyakit yang paling jarang ditemui di dunia.
HARISON percaya otaknya sudah hangus selepas cuba membunuh diri dengan kejutan elektrik walaupun masih bernafas. "Saya betul-betul terganggu. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bercakap atau melakukan perkara lain tanpa otak kerana setahu saya, saya tidak lagi memilikinya.
"Saya hilang deria bau dan rasa. Tiada gunanya makan kerana saya sudah mati. Buang masa saja bercakap kerana tidak ada apa yang hendak dibualkan," katanya.
|
Tumpang kasih pada anak patung beruang Posted: 01 Jun 2013 12:09 PM PDT London: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang. Breeze ditemui terbiar di Taman Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.
Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan berkenaan dilihat berpuas hati.
"Justeru, kami memberikannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman."- Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan