Berita Harian: Dunia |
Posted: 02 Jun 2013 02:43 PM PDT London: Seorang lelaki kulit putih yang memeluk Islam mengaku mahu membunuh Putera Harry (gambar), 24 jam selepas pembunuhan kejam anggota tentera, Lee Rigby di Woolwich, selatan ibu kota England. Ashraf Islam, 30, ditahan di London selepas masuk ke sebuah balai polis dan membuat pengakuan itu. Dia berdepan hukuman penjara 10 tahun. Jurucakap Scotland Yard kelmarin mengesahkan Ashraf mengaku bersalah atas dakwaan itu di Mahkamah Majistret Uxbridge dan kini ditahan sementara menunggu tarikh hukuman. Polis anti keganasan dikerah menjalankan siasatan selepas Ashraf membuat ancaman pada 23 Mei lalu dan kawalan keselamatan sekitar istana dipertingkatkan. Sejarah penggunaan internet juga menunjukkan dia melayari web pengganas dan senjata api. Komplot pembunuhan itu didedahkan selepas akhbar Sunday Mirror diberitahu minggu lalu bagaimana putera itu diberi amaran supaya lebih berwaspada berikutan pembunuhan Rigby, 25, yang memakai baju T bertulis Help for Heroes. Penyokong badan kebajikan Harry adalah penyokong kuat badan kebajikan itu kerana membantu kakitangan tentera yang cedera dan terbabit dalam pelancarannya bersama abangnya, Putera William. Sumber diraja memberitahu: Kes ini dan pembunuhan kejam Rigby menunjukkan bahaya berterusan. Pengawal Harry tidak boleh leka. Beliau berada di Kem Bastion ketika Taliban melancarkan serbuan ke atas ibu pejabat barisan depan tentera yang mengorbankan dua anggota Marin Amerika Syarikat. Beliau berada di Afghanistan September lalu ketika Taliban mengancam akan melakukan apa saja untuk menculik atau membunuhnya. |
Posted: 02 Jun 2013 02:39 PM PDT New Jersey: Peti sejuk memang satu kemudahan yang diperlukan di mana-manapun di dunia. Bagaimanapun, peti sejuk mayat mungkin sesuatu yang tidak dijangkakan akan menarik minat ramai.
Iklan pelik Tawaran iklan pelik itu menyatakan, peti sejuk itu berwarna perak dengan empat pintu untuk simpanan mayat, berkeadaan sedikit lusuh tetapi beroperasi sepenuhnya. Peti sejuk itu setinggi 2.4 meter, 1.8 meter lebar. Harga terakhir yang disebut ialah AS$202 (RM606).
Peti sejuk itu mulanya ditawarkan pada Khamis lalu dan ada yang menawarkan AS$10 (RM30) selepas beberapa jam. Tempoh tawaran membelinya akan berakhir lewat bulan ini. Kali pertama dijual Jurucakap Pejabat Khidmat Awam yang menjual barangan terpakai kerajaan negeri, mengakui ini kali pertama peti sejuk mayat dijual. Memang sekali sekali kami akan diminta menjual sesuatu yang luar biasa dan ia termasuk dalam kategori itu, kata Heather Groll. Katanya, tiada peraturan mengenai pihak yang layak membelinya, semua orang atau agensi boleh membeli serta tiada pemeriksaan ke atas pembeli perlu dilakukan.
Dia mengakui tidak dapat membuat spekulasi mengenai pihak yang berminat membelinya. Pejabatnya juga pernah menjual kerusi tukang gunting penjara, kereta polis dan besi buruk menerusi eBay, katanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan