Berita Harian: Dunia |
Myanmar hukum 7 penduduk Islam Posted: 21 May 2013 12:48 PM PDT Dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup, bunuh sami Buddha Yangon: Myanmar semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh penduduk Islam dari dua tahun hingga seumur hidup selepas didapati bersalah tebabit keganasan agama Mac lalu yang menyebabkan berpuluh lain maut, kata seorang pegawai kehakiman. Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama" Ye Aung Myint, Panglima Tentera Wilayah Mandalay Terlepas hukuman mati Peguam tertuduh, Thein Than Oo berkata salah seorang anak guamnya Myat Ko Ko yang didapati bersalah membunuh seorang sami Buddha, terlepas hukuman mati, sebaliknya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Than Oo berkata, anggota keluarga menangis di mahkamah selepas mendengar keputusan itu. "Sama ada mereka akan mengemukakan rayuan bergantung kepada saudara-mara," katanya kepada AFP. Tiga penduduk Islam termasuk pemilik kedai emas dihukum penjara 14 tahun April lalu kerana menyerang seorang pelanggan Buddha. Setakat ini tiada penduduk Buddha disabitkan dengan dengan rusuhan di Meiktila, namun Ye Aung Myint menegaskan kedua-dua pihak dilayan sama rata. "Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama," katanya. Beliau berkata seramai 87 orang ditahan di Meiktila termasuk kira-kira 38 penduduk Buddha. Serangan ke atas penduduk Islam yang mewakili empat peratus penduduk Myanmar, mendedahkan perpecahan ketara yang berlaku di negara yang pernah ditadbir tentera itu. Jamin pelbagai perubahan Pentadbiran baru Myanmar memberi jaminan akan melakukan pelbagai perubahan tetapi hasilnya masih samar walaupun mendapat pujian. Sebilangan sami terbabit dalam pertempuran itu sementara yang lain mengetuai kempen kebangsaan menggesa pemulauan barangan milik pekedai beragama Islam. - AFP |
Obama gesa henti kekejaman etnik minoriti Posted: 21 May 2013 12:41 PM PDT Washington: Presiden Barack Obama menggesa Presiden Myanmar, Thein Sein kelmarin menghentikan keganasan ke atas minoriti Islam di negara itu, namun memuji pembaharuan ekonomi dan politik di negara bekas pemerintahan tentera yang muncul sebagai sekutu Amerika Syarikat di belakang China. Ketika kunjungan pertama ke Rumah Putih dalam tempoh 47 tahun oleh pemimpin negara Asia Tenggara itu, Obama menggesa pengakhiran pembunuhan penduduk Islam Rohingya di negeri barat Rakhine. Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar," Barack Obama Presiden reformis Myanmar Thein Sein berazam menyelesaikan konflik etnik dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. "Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar. "Kehilangan tempat tinggal penduduk, keganasan ditujukan langsung terhadap mereka perlu dihentikan,' kata Obama. Sekurang-kurangnya 192 orang maut tahun lalu dalam keganasan antara penduduk Buddha di Rakhine dan penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kerakyatan oleh Myanmar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan