Utusan Online - Luar Negara |
Rakyat Malaysia ditahan kerana dadah di Thailand Posted: 03 Apr 2013 09:06 AM PDT BANGKOK 4 April - Dua rakyat Malaysia dan tiga rakyat Thailand ditahan bersama tiga kilogram ketamin dan 400 biji pil ekstasi dianggarkan bernilai lebih 20 juta baht (RM2 juta). Akhbar Bangkok Post melaporkan, Ketua Biro Polis Metroplitan, Leftenan Jeneral Kamronwit Thoopkrachang berkata, penahanan tersebut adalah hasil serbuan ke atas kilang penghasilan dadah di daerah Phasi Charoen di sini, baru-baru ini. "Hasil daripada maklumat yang diterima, polis menahan tiga lelaki Thai iaitu Sompop Kanphet, 29, Anont Panchalong, 25, dan Suthikiat Sukrungruang, 28, di hadapan sebuah hotel di Jalan Ratchadapisek, Din Daeng. "Polis kemudian menyerbu sebuah bilik di tingkat 12 hotel itu dan menangkap dua rakyat Malaysia iaitu See Bon Sui, 49, dan Wian Al Sai, 42. "Polis juga merampas tiga kilogram ketamin dan 400 pil ekstasi milik mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam. Wakil Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Chawat Chuthesa berkata, dadah itu dibawa dari Malaysia oleh dua lelaki warga Malaysia tersebut. - Agensi |
Salah faham bendera, 17 ditahan Posted: 03 Apr 2013 09:05 AM PDT AMBON, Indonesia 4 April - Polis di timur Indonesia menahan 17 penyokong pasukan bola sepak Perancis warga tempatan kerana menyangka mereka mengibarkan bendera gerakan pemisah yang diharamkan. Jurucakap polis, Istanto berkata, kesemua lelaki tersebut yang merupakan pelombong emas haram di Pulau Buru di Kepulauan Maluku sebenarnya mengibarkan bendera Perancis berikutan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara negara itu dan Sepanyol ketika ditahan pada minggu lalu. "Polis keliru dengan warna bendera Perancis yang seakan-akan serupa dengan bendera Republik Maluku Selatan (RMS) yang melancarkan gerakan pemisah. "Kesemua lelaki itu ditahan semalaman di lokap sehingga polis mengesahkan bendera itu merupakan bendera Perancis," katanya semalam. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan