Jumaat, 5 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat

Posted:

Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat

Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat


BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.


KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.

"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.

"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.

Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.

Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.

"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.

Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.

Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP

Banduan dibunuh askar Indonesia

Posted:

Banduan dibunuh askar Indonesia

Banduan dibunuh askar Indonesia


GAMBAR bertarikh 23 Mac lalu menunjukkan seorang penyiasat polis melakukan siasatan di Penjara Cebongan, Yogyakarta.


JAKARTA - Tentera Indonesia semalam membuat pengakuan bahawa terdapat beberapa anggota pasukan khasnya menyerbu Penjara Cebongan, Yogyakarta di sini dan menembak mati empat banduan yang sedang menanti perbicaraan kerana membunuh pegawai atasan mereka.

Seorang pegawai kanan tentera yang mengetuai siasatan kejadian itu, Brigedier Jeneral Unggul Yudhoyono mendedahkan sembilan anggota daripada Pasukan Pemerintah Khas melakukan serbuan tersebut pada 23 Mac lalu.

Menurutnya, mereka melakukan serbuan itu pada waktu malam.

Empat banduan yang mati ditembak itu menunggu perbicaraan berhubung kes mereka memukul dan menikam pegawai mereka, Hero Santoso di sebuah kelan malam di Yogyakarta.

Beberapa hari sebelum kejadian itu, Hero bertindak meleraikan satu pergaduhan.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia memuji pengakuan tersebut kerana pihak tentera sebelum ini jarang mengaku melakukan pembunuhan.

Bagaimanapun, Unggul menegaskan serangan di daerah Sleman itu dilakukan secara spontan dan bagi mempertahankan maruah pasukan selepas mendengar berita tentang pembunuhan Hero.

Dia juga menyatakan kesemua askar itu dengan berani mengaku melakukan perbuatan mereka pada hari pertama siasatan.

Unggul turut memberitahu nama-nama kesemua mereka ketika mengumumkan keputusan awal siasatan.

Katanya, siasatan penuh akan dimulakan dan semua anggota tersebut akan dihadapkan ke sebuah mahkamah tentera. - AFP

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan

Posted:

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan


HARIMAU itu kemudian meninggalkan kurungan itu.


MIAMI - Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida membebaskan seekor harimau kumbang jantan yang berusia dua tahun di sebuah kawasan hutan simpan di Florida kelmarin.

Harimau kumbang itu dilepaskan selepas ia dibesarkan di Pusat Pemuliharaan White Oak sejak berusia lima bulan.

Anggota-anggota suruhanjaya itu menangkap haiwan tersebut selepas mereka menemuinya di daerah Collier.

Anggota-anggota suruhanjaya itu menemui harimau kumbang tersebut bersama seekor lagi harimau betina.

Kedua-dua haiwan itu merupakan anak seekor harimau betina yang mati pada 2011.

Haiwan jantan tersebut dilepaskan dari kurungan ke dalam hutan di kawasan hidupan liar Rotenberger di sempadan Palm Beach dan daerah Broward. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan