Khamis, 25 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bangunan runtuh, 100 terbunuh

Posted:

Bangunan runtuh, 100 terbunuh

Bangunan runtuh, 100 terbunuh

PEKERJA penyelamat dan orang ramai mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah bangunan runtuh di Savar, Bangladesh semalam.


SAVAR - Tidak kurang 100 orang terbunuh dengan ramai lagi mangsa dikhuatiri mati selepas sebuah bangunan runtuh di Bangladesh semalam, menurut sumber rasmi.

Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya dan kilang pakaian.

Seorang pegawai berkata, hanya tingkat bawah bangunan itu yang menempatkan sebuah bank masih berada dalam keadaan sempurna.

Bangunan itu terletak di bandar ini, 30 kilometer dari ibu kota Bangladesh, Dhaka.

"Setakat ini, kami telah menjumpai 15 mayat dengan ramai lagi dikhuatiri mati," kata Pengarah Jabatan Bomba, Mejar Zehadul Islam kepada agensi berita AFP.

Menurutnya, pasukan tentera turut dipanggil bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa.

Sekitar 2,000 orang berada di dalam bangunan tersebut ketika ia runtuh pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Ketua polis tempatan, M. Asaduzzaman pula memberitahu, situasi kini genting dengan sekurang-kurangnya 150 dibimbangi masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kesihatan, Litu Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 35 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital manakala 150 orang lagi menerima rawatan pesakit luar.

Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di Bangladesh ekoran sikap pemaju yang tidak mempedulikan peraturan pembinaan bangunan bertingkat. - Agensi

Selesema burung H7N9 merebak ke Taiwan

Posted:

Selesema burung H7N9 merebak ke Taiwan

Selesema burung H7N9 merebak ke Taiwan

BEIJING - Pakar-pakar antarabangsa menyifatkan virus selesema burung H7N9 yang menjangkiti penduduk China sebagai antara virus influenza paling berbahaya setakat ini.

Perkembangan tersebut berlaku ketika kes pertama selesema burung H7N9 dikesan di Taiwan.

Sehingga kini, China telah mengesahkan sebanyak 108 kes dengan 22 kematian akibat jangkitan H7N9 sejak penyakit itu mula dikesan pada 31 Mac lalu.

"Ini merupakan antara virus influenza yang paling membawa maut setakat ini," kata pakar selesema Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Keiji Fukuda.

Menurutnya, virus tersebut sangat mudah merebak berbanding virus selesema burung H5N1. WHO setakat ini menyatakan, wabak maut itu berpunca daripada ternakan ayam, itik dan burung merpati yang dijangkiti virus H7N9.

Namun, agensi badan dunia itu tidak menolak potensi berlaku jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Taiwan memberitahu, seorang rakyatnya yang baru pulang bertugas di timur China telah dijangkiti virus maut tersebut.

Namun, kebanyakan kes H7N9 dilaporkan terhad di bandar raya Shanghai dan beberapa wilayah berhampiran di timur China. - AFP

New York mahu menaikkan had umur pembeli rokok

Posted:

New York mahu menaikkan had umur pembeli rokok

New York mahu menaikkan had umur pembeli rokok

NEW YORK - Kota metropolitan ini mahu menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menaikkan had umur pembeli rokok daripada 18 kepada 21 tahun.

Anggota-anggota dewan bandar raya ini akan mengundi berhubung usul tersebut pada 2 Mei depan.

Perkara itu telah diusulkan oleh calon Datuk Bandar New York, Christinne Quinn.

Cadangan itu hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan. Menurut seorang jurucakap Quinn, beliau yakin cadangan tersebut akan mendapat lampu hijau.

"Terlalu ramai perokok dewasa memulakan tabiat buruk ini sebelum umur mereka mencecah 21 tahun," kata Quinn.

Pihak berkuasa berharap usul menaikkan had umur pembeli rokok itu dapat mengurangkan bilangan perokok yang berusia antara 18 hingga 20 tahun sebanyak 55 peratus. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan