Berita Harian: Dunia |
Posted: 25 Apr 2013 02:32 PM PDT San Francisco: Kewibawaan Twitter, media sosial yang digunakan berjuta-juta orang di seluruh dunia, kini diragui selepas diceroboh sekumpulan penggodam. Selasa lalu, tindakan penggodam menyiarkan tweet palsu menggunakan akaun Associated Press (AP) menyebabkan bursa saham Dow Jones hilang 145 mata.
Ia berlaku seminggu selepas banyak media sosial termasuk Twitter dikritik kerana mengedarkan berita tidak benar mengenai identiti pengebom Maraton Boston.
Selain AP, akaun Twitter yang digodam termasuk Radio Awam Nasional, program 60 Minutes CBS dan Reuters News Tweet mengenai kecederaan Obama menyebabkan kerugian AS$136.5 bilion (RM410 bilion) bursa saham berkenaan. Penyiaran mesej palsu semakin kerap. Ia menyebabkan kita makin khuatir. Pertubuhan media perlu desak Twitter pertingkat sistem keselamatan webnya, kata Robert Quigley, pensyarah kewartawanan mengenai media sosial di Universiti Texas.
Twitter enggan memberi ulasan kepada laporan AP ini. Meskipun agensi berita itu mendedahkan seorang pekerjanya mungkin secara tidak sengaja memberi kod laluan kepada penggodam, pakar menyalahkan Twitter kerana tidak melaksanakan teknik dua kali pengesahan. Pendekatan itu diamalkan Google dan Microsoft bagi menyekat pencerobohan.
|
Posted: 25 Apr 2013 02:31 PM PDT Bandar Seri Begawan: Pemimpin ASEAN semalam menggesa supaya rundingan segera diadakan dengan China bagi membincangkan pertikaian tuntutan wilayah di Laut China Selatan supaya keganasan dapat dielakkan di situ. Sepuluh anggota ASEAN menamatkan sidang dua hari di Brunei dengan menyiarkan kenyataan pengerusi menekankan pentingnya keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di rantau itu khususnya Kepulauan Spratly. Semua orang berminat menyelesaikannya secara aman selain menyuarakan kebimbangan pertikaian meningkat dalam isu berkenaan, kata Presiden Filipina, Benigno Aquino. Satu lagi perkara penting dalam sidang kali ini ialah rancangan membentuk satu pasaran tunggal ASEAN diberi nama Kawasan ekonomi ASEAN menjelang 2015, membabitkan lebih 600 juta penduduk. ASEAN risau Bagaimanapun, isu Laut China Selatan menjadi tumpuan ketika negara ASEAN yang tertentu semakin risau dengan sikap agresif China di situ. Anggota ASEAN yang membuat tuntutan termasuk Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei. Tuntutan bertindih itu sudah berlanjutan beberapa dekad dan menjadikan kawasan berkenaan berkemungkinan menjadi kawasan konflik. Tentera laut China dan Vietnam bertempur pada 1974 dan 1988 untuk menguasai beberapa pulau menyebabkan puluhan askar maut. Ketegangan meningkat semula beberapa tahun lalu selepas China semakin agresif menggunakan taktik diplomatik dan tentera untuk kembali menunjukkan kawasan itu milknya. Antara tindakan itu termasuk menduduki sebuah beting dekat pulau utama Filipina, tahun lalu dan menempatkan beberapa kapalnya 80 kilometer dari pantai Malaysia, bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan