Kosmo Online - Dunia |
- AS hantar pesawat kalis radar
- Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan
- Dutt menangis semasa umum mahu serah diri
Posted: AS hantar pesawat kalis radar
SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam. Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan. Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan. Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik. Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu. Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri. Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan. Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara. Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. - Agensi | |
Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan Posted: Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan
SYDNEY - Sekumpulan saintis Australia menaiki bot untuk memburu beberapa ekor ikan paus biru di Lautan Selatan, Antartika selama tujuh minggu. Saintis-saintis dari Divisyen Antartika Australia memburu ikan paus itu dengan tujuan untuk menembaknya supaya sebuah alat pengesan kecil satelit tertanam pada badan haiwan tersebut. Alat pengesan itu akan membolehkan para saintis mengetahui pergerakan haiwan mamalia tersebut. Ikan paus itu yang merupakan haiwan yang paling besar di dunia telah dikategorikan sebagai spesies terancam. Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke berkata, ikan paus itu boleh membesar sehingga lebih 30 meter dan mencecah berat 180 tan. Menurutnya, lidah mamalia itu lebih berat daripada seekor gajah manakala hati ikan tersebut sebesar sebuah kereta yang kecil. Setakat ini, para saintis tidak banyak mengetahui tentang kehidupan ikan paus itu. - Agensi | |
Dutt menangis semasa umum mahu serah diri Posted: Dutt menangis semasa umum mahu serah diriGAMBAR menunjukkan Dutt mahu memeluk adiknya. MUMBAI - Bintang Bollywood, Sanjay Dutt semalam menangis semasa dia mengumumkan tidak lagi mahu berjuang untuk mengelakkan dihukum penjara kerana didapati bersalah membeli sejumlah senjata api daripada gengster India. Para penyokongnya sebelum ini mahu Dutt membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada minggu lalu kerana dia membeli senjata tersebut. Dutt membeli senjata itu daripada kumpulan gengster yang terlibat dalam satu siri letupan bom pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati. Bagaimanapun, pada satu sidang akhbar di sini, Dutt yang disertai beberapa anggota keluarganya tidak dapat menahan titisan air matanya. Dutt, 53, menyatakan, dia akan menerima takdir yang telah ditetapkan ke atas dirinya dan akan menyerah diri kepada pihak berkuasa penjara sebelum tarikh akhir penyerahan dirinya berakhir dalam tempoh tiga minggu lagi. "Saya akan menyerah diri... mahkamah telah memberikan saya tempoh (untuk menyerahkan diri)," katanya kepada pemberita. "Saya mahu memberitahu media dan penduduk di negara ini bahawa apabila saya tidak meminta diampunkan, tidak akan ada lagi perdebatan. "Biarlah saya hidup dengan aman sehingga saya pergi... saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan," tambahnya. Dia kemudian memeluk adiknya yang juga seorang ahli politik, Priya Dutt. Dutt berharap akan menyelesaikan beberapa projek filemnya sebelum dia kembali ke penjara. Aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu sudah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan berhubung kes itu. Dia yang terkenal sebagai perusuh dalam siri televisyen Munnabhai kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan kes rayuannya itu. Dutt akan menjalani baki hukuman itu selepas dia menyerah diri. Pelakon itu sebelum ini menegaskan, dia membeli senjata api dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dalam rusuhan agama pada tahun 1993 yang meletus ekoran Masjid Babri dimusnahkan. Ibunya ialah seorang Muslim manakala bapanya merupakan penganut Hindu. Beberapa penganalisis berkata, hukuman tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada industri hiburan India kerana beberapa projek filem lakonannya mungkin akan ditangguhkan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan