Kosmo Online - Dunia |
- Jacel: Azzimuddie masih di Sabah
- Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain
- The Croods ungguli carta pecah panggung
Jacel: Azzimuddie masih di Sabah Posted: Jacel: Azzimuddie masih di Sabah
BANDAR DAVAO, Filipina - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam. "Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam)," kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah. Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut. Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah. Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu. Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu. "Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar," kata Jacel. "Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral," tambahnya. Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya. Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet. Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. - Agensi | |
Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain Posted: Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lainPASUKAN tentera berehat seketika selepas berkawal di bandar Meikhtila yang menyaksikan 32 maut akibat konflik agama. Keganasan itu dikatakan merebak ke tiga bandar di wilayah selatan iaitu Napytaw, Yamethin dan Lewei. YANGON - Samseng-samseng anti penganut agama Islam menimbulkan kekecohan di tiga lagi bandar di Myanmar pada hujung minggu lalu. Mereka membakar masjid dan berpuluh-puluh buah rumah, ketika kerajaan cuba untuk menghalang keganasan agama daripada terus merebak. Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan perintah darurat pada Jumaat dan menghantar tentera ke bandar Meikhtila yang terjejas teruk dan menyaksikan 32 orang maut serta 10,000 penduduk yang kebanyakan orang Islam hilang tempat tinggal. Biarpun dengan kehadiran tentera, kekacauan terus merebak ke wilayah selatan Naypyitaw. Seorang penduduk Islam di Tatkone, 80 kilometer dari Meikhtila memberitahu sekumpulan 20 lelaki menggeledah sebuah masjid pada malam Ahad, membaling batu dan memecahkan tingkap sebelum polis menghalau mereka dengan melepaskan tembakan. Pada Sabtu pula, sekumpulan samseng lain membakar sebuah masjid dan 50 buah rumah di bandar Yamethin. Sebuah lagi masjid dan beberapa buah bangunan turut dimusnahkan di Lewei. Masih tidak jelas siapakah yang menjadi dalang kepada keganasan tersebut. Tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar terbabit. Akhbar Myanma Ahlin, menyiarkan kenyataan daripada pemimpin agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu yang sedih atas kehilangan nyawa dan harta benda. Mereka juga menyeru golongan sami Buddha agar membantu mengurangkan ketegangan tersebut. Penganut Islam mewakili kira-kira empat peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar. - AP | |
The Croods ungguli carta pecah panggung Posted: The Croods ungguli carta pecah panggungTHE CROODS yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah mendapat sambutan hangat di Amerika Utara dan seluruh dunia sejak tayangan dimulakan pada hujung minggu lalu. LOS ANGELES - Filem animasi yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah, The Croods mengungguli carta filem pecah panggung hujung minggu lalu di Amerika Utara. Studio yang menghasilkan filem itu, DreamWorks Animation kelmarin memberitahu, The Croods meraih kutipan tiket sebanyak AS$44.7 juta (RM138.6 juta). Filem komedi tiga dimensi (3D) tersebut turut menambah sebanyak AS$63.3 juta (RM196.2 juta) daripada kutipan tiket di peringkat antarabangsa. The Croods mengenepikan filem fantasi Oz : The Great and Powerful di tempat ketiga yang memperoleh AS$22 juta (RM68.2 juta) selepas ia berada di puncak carta selama dua minggu. Sementara itu, menurut agensi yang mengumpul jumlah kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem aksi Olympus Has Fallen pula berada di tempat kedua dengan meraih AS$30.5 juta (RM94.5 juta). Ia diikuti filem The Call lakonan aktres Halle Berry yang mengaut AS$8.7 juta (RM27 juta) di tempat keempat. Tempat kelima dan keenam menjadi milik dua filem komedi Admission dan Spring Breakers. Masing-masing meraih kutipan AS$6.4 juta (RM19.8 juta) dan AS$5 juta (RM15.5 juta). - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan