Harian Metro: Global |
Posted: Beijing: Sembilan orang semalam dituduh menjual buah pinggang masing-masing di pasaran gelap dan merekrut orang lain untuk bertindak sama. Mereka yang semuanya berusia 30-an, mencari orang yang ingin berbuat demikian menerusi Internet dan memujuk mereka menjual organ itu di bandar raya Hangzhou,
Menurut Xinhua, Lyu meraih 161,000 yuan (RM79,978) melalui penyeludupan buah pinggang sejak dia mula menjalankan kegiatan itu sehingga dia ditangkap. Orang ramai yang bersedia menjual buah pinggang mereka ditempatkan di sebuah rumah sewa di daerah Jianggan di Hangzhou sebelum proses pembedahan dilakukan. Kes itu menyerlahkan perdagangan organ secara haram di China yang berpunca daripada terlalu banyak permintaan berbanding penawaran. Kira-kira 1.5 juta orang berada dalam senarai menunggu mendapatkan organ itu sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. Hakikat bahawa hanya segelintir rakyat China bersetuju menderma organ mereka selepas mati menyemarakkan lagi kegiatan pasaran haram. Pada Disember lalu, seorang pakar bedah China dan enam rakannya dipenjarakan kerana dituduh terbabit dalam perdagangan organ secara haram dan sengaja menyebabkan kecederaan selepas seorang remaja menjual buah pinggangnya untuk membeli iPad dan iPhone. Song Zhongyu menjalankan pembedahan secara haram terhadap pelajar berusia 17 tahun itu yang bersetuju memberikan organnya untuk ditukar dengan gajet bernilai kira-kira RM8,930. Kisah pelajar itu terbongkar selepas ibunya curiga apabila melihat dia menggunakan peralatan berkenaan. Dia akhirnya mengaku menjual buah pinggangnya selepas berdepan masalah kesihatan. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23 |
Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen Posted: Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu. Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.
Jurucakap polis Brunei, Pengiran Abdul Salam Ghani berkata, bedah siasat sudah dijalankan dan polis masih menanti laporan pemeriksaan itu bagi menentukan punca kematian.
Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.
Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan