Kosmo Online - Dunia |
- Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain
- Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS
- Kereta hibrid bergerak guna udara
Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain Posted: Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain
BOGOTA - Polis Colombia merampas 3.8 tan dadah jenis kokain di dalam beberapa buah kontena yang menuju ke Mexico kelmarin. Pengarah Polis Nasional, Jose Roberto Leon menganggarkan rampasan tersebut bernilai AS$95 juta (RM288.2 juta) di pasaran gelap di Amerika Syarikat yang menjadi pasaran utama kokain dari Colombia. Semua kontena itu yang dilabel mengandungi gliserin untuk kegunaan farmaseutikal akan dihantar dengan kapal dari pelabuhan Cartagena de Indias di Colombia menuju ke bandar Veracruz di Mexico. Polis menyiasat kontena-kontena itu selepas mendapati butiran pada dokumen eksportnya menimbulkan keraguan. Menurut pihak berkuasa, semua dadah itu dihantar oleh sindiket dadah tempatan, Los Urabenos yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico, Los Zetas. Pada bulan lalu pihak berkuasa Colombia telah merampas kokain seberat 2.3 tan dalam dua serbuan juga di pelabuhan Cartagena. - dpa | |
Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS Posted: Lagi insiden tembakan di institusi pengajian ASGAMBAR yang disiarkan stesen televisyen KPRC menunjukkan seorang individu yang cedera dibawa oleh beberapa petugas kecemasan di pekarangan Kolej Lone Star dekat Houston kelmarin. - Agensi HOUSTON - Seorang pemuda berusia 22 tahun didakwa berhubung insiden tembakan di sebuah kolej komuniti di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan tiga orang cedera dengan seorang parah, kata pihak berkuasa. Kejadian tembakan di kolej komuniti Lone Star yang menempatkan 10,000 pelajar dekat sini merupakan kes terbaharu melibatkan institusi pengajian AS. Pada Disember tahun lalu, seorang lelaki bersenjata menembak mati 20 kanak-kanak dan enam penduduk dewasa di Connecticut. Jurucakap pejabat Syerif Daerah Harris, Alan Bernstein berkata, pemuda tersebut, Carlton Berry didakwa kerana melakukan serangan dalam insiden tembakan di kolej itu kelmarin dengan dia kini dirawat di hospital. Pihak berkuasa memberitahu, tragedi itu bermula dengan pertengkaran melibatkan Bernstein dan seorang lagi individu sebelum bertukar menjadi kejadian tembakan. Kedua-dua orang yang terlibat dalam pertengkaran itu kini dirawat di hospital termasuk seorang wanita yang memiliki kad pengenalan pelajar. Seorang pekerja penyelenggaraan yang kebetulan berada di tempat kejadian turut ditembak di kaki. Jelas Bernstein, tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden tersebut setakat ini. Menurut pihak berkuasa, sepucuk pistol digunakan dalam kejadian tersebut tanpa mendedahkan butiran lanjut. Seorang petugas ambulans berkata, tiga orang telah dibawa ke beberapa hospital tempatan dengan seorang daripada mereka parah. Menurut pihak berkuasa, terdapat tiga kejadian tembakan di sekolah dan kolej di seluruh AS sejak dua minggu lalu dengan lebih dua orang maut dan sebilangan lagi cedera. - Reuters | |
Kereta hibrid bergerak guna udara Posted: Kereta hibrid bergerak guna udaraKERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016. Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar. Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam. Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik. Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran. Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan