Berita Harian: Dunia |
Barat syak militan, al-Qaeda bekerjasama Posted: 24 Jan 2013 11:32 AM PST Mokhtar Belmokhtar dalang serangan, penculikan di In Amenas London: Pemerhati Barat mengesyaki serangan dan penculikan pekerja tempatan dan asing di Algeria menunjukkan kumpulan militan Islam bekerjasama dengan pergerakan al-Qaeda.
Mereka menuding kepada militan Algeria, Mokhtar Belmokhtar yang sudah lama dipantau perisikan tempatan dan asing tetapi masih berjaya menggerakkan operasi di In Amenas. Banyak debat "Banyak debat berkisar sama ada Belmokhtar penjenayah atau militan sedangkan ada kemungkinan dia memenuhi dua kriteria itu," kata Stephen Tankel. Beliau profesor di Universiti American dan 'scholar' Yayasan Carnegie selain penulis buku mengenai evolusi jihad sejak 9/11.
Lafaz taat setia Belmokhtar kemudian melafaz taat setia kepada pemimpin Taliban Afghanistan, Mullah Muhammad Omar dan ketua al-Qaeda, Ayman al Zawahiri. "Dia seolah-olah mahu orang menganggapnya bebas bergerak serta dilihat sebagai ketua kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda di rantau itu," kata wartawan al-Hayat, Camille Tawil yang juga pakar mengenai jihad di Afrika Utara. Seperti dikatakan Belmokhtar dalam video itu, penculik di In Amenas membuat tuntutan supaya ulama buta Mesir, Sheikh Omar Abdel-Rahman dan saintis Pakistan, Aafia Siddiqui dibebaskan. - REUTERS |
Tentera wanita AS boleh ke medan perang Posted: 24 Jan 2013 11:29 AM PST Washington: Tentera Amerika Syarikat membatalkan secara rasmi larangan ke atas wanita untuk berkhidmat sebagai anggota tempur barisan hadapan kelmarin. Perkembangan terbaru ini dijangka membolehkan beribu-ribu tentera wanita melakukan tugas pertempuran di medan perang buat kali pertama. Akhiri sekatan Keputusan itu juga mengakhiri satu lagi sekatan dalam pasukan tentera Amerika, selepas Pentagon pada 2011 membatalkan larangan Don't Ask, Don't Tell ke atas golongan gay dan lesbian yang berkhidmat di dalam pasukan itu. Pegawai pertahanan Amerika berkata keputusan menamatkan larangan diambil Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta yang bakal melepaskan jawatannya dan perkhidmatan individu tentera yang diberi tempoh sehingga 2016 untuk memohon pengecualian jika mereka percaya sebarang peranan tempur perlu kekal ditutup kepada wanita. Panetta dijangka mengumumkan keputusan itu secara rasmi semalam. Ia berlaku selepas 11 tahun perang tanpa henti yang menyaksikan 84 wanita terbunuh akibat tindakan kejam dalam perang tidak popular dan mahal di Iraq dan Afghanistan. Wanita mewakili kira-kira dua peratus kematian dalam perang di Iraq dan Afghanistan dan kira-kira 12 peratus atau 300,000 mereka yang dikerahkan dalam perang sejak 11 tahun lalu, di mana mereka sering tiada peranan jelas di barisan hadapan. - REUTERS
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan