Berita Harian: Dunia |
Warga Barat digesa tinggalkan Benghazi Posted: 25 Jan 2013 12:15 PM PST 5 negara gusar ancaman ala Algeria terhadap rakyat di Libya LONDON: Britain, Jerman, Kanada, Belanda dan Australia semalam menggesa warga negara masing-masing meninggalkan kota Benghazi di timur Libya dengan segera. Kami sedar ada ancaman serius terhadap warga Barat di Benghazi. Ada risiko mereka menjadi sasaran di Libya selepas Perancis campur tangan di Mali bulan ini," Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia Tutup kedutaan Britain menutup kedutaannya di Benghazi dan mengeluarkan notis rasmi supaya warga negaranya tidak pergi ke kota kedua terbesar Libya selain tempat lain di negara berkenaan. Langkah itu diambil beberapa jam selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron memberi amaran serangan terhadap sebuah loji gas di Algeria sebahagian kempen berpanjangan terhadap pengganas di seluruh dunia. Amaran sama disiarkan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia. Jerman dan Belanda turut mengambil langkah sama. Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada mengesahkan e-mel menasihatkan warga negara itu keluar dari Benghazi sudah dihantar kepada mereka. Kerajaan Libya memberi reaksi marah terhadap amaran berkenaan kerana tiada maklumat baru mewajarkan langkah itu. Libya tuntut penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri Libya, Abdullah Massoud, terkejut dengan tindakan lima negara berkenaan dan menuntut penjelasan lanjut. "Kami sedar ada masalah keselamatan di Benghazi tetapi tiada maklumat perisikan baru mewajarkan langkah itu, katanya. - AFP/AP |
Posted: 25 Jan 2013 12:10 PM PST Cheenai: Filem arahan bintang filem Tamil, Kamal Haasan (gambar), Vishwaroopam dibenarkan untuk ditayangkan di Kerala tetapi ditunda siarannya di beberapa tempat lain selepas didakwa menghina Islam dan al-Quran. Protes di Tamil Nadu menyebabkan tayangannya ditangguhkan selama dua minggu manakala tayangannya di Hyderabad dihentikan kerana polis gusar dengan isu keselamatan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan