Berita Harian: Dunia |
Posted: 01 Jan 2013 02:22 PM PST Usaha dapatkan semula aset Filipina terlalu mahal: Penyiasat Manila: Filipina akan menghentikan misi mencari kekayaan haram bekas diktator Ferdinand Marcos meskipun lebih separuh daripada aset bernilai AS$10 bilion (RM31 bilion) belum didapati. Perkara itu didedahkan ketua penyiasat misi itu yang dilancarkan 26 tahun lalu, Andres Bautista. "Semuanya tertumpu kepada apakah hasilnya. Usaha itu berjalan 26 tahun dan orang yang anda sasar kembali berkuasa. "Ada ketikanya anda perlu berkata, kami sudah buat yang terbaik dan cukup setakat itu. Memang sukar mengambil langkah itu. Perlu belanja besar "Untuk dapat semula harta berkenaan kini memerlukan perbelanjaan besar," kata Bautista. Bautista, 48, berhenti daripada kerjaya korporat dua tahun lalu untuk menyahut panggilan kerajaan pimpinan Presiden Benig-no Aquino yang berjanji menamatkan rasuah dan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta penduduk miskin Filipina. Anak Marcos, Ferdinand Marcos Junior, kini senator yang membayangkan hasrat bertanding dalam pilihan raya 2016. Imelda pula dijangka bertanding buat penggal kedua dalam Dewan Perwakilan dan Imee juga dikatakan mahu mentadbir bagi penggal kedua sebagai gabenor Ilocos Norte. Kembali berkuasa "Masalah kami sekarang ialah pihak berkenaan sudah kembali berkuasa. Ia tidak membantu kami," katanya. Sejak ditubuhkan, suruhanjaya itu sudah mendapat semula 164 bilion pesos (RM$12 bilion), sebahagiannya dalam bentuk pelaburan hartanah di New York, barang kemas dan kira-kira AS$600 juta (RM1.8 bilion) disimpan dalam akaun rahsia bank Switzerland. - AFP |
Posted: 01 Jan 2013 02:18 PM PST Manila: Seramai 413 orang cedera kena percikan bunga api dan tembakan ketika menyambut Tahun Baru 2013 di Filipina, kelmarin. Angka itu adalah penurunan 17 peratus daripada bilangan setahun lalu tetapi masih tinggi, menjadikan sambutan Tahun Baru di sini antara yang paling ganas di Asia. Kanak-kanak 7 tahun tenat Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berada dalam keadaan tenat. Polis berkata, seorang lagi kanak-kanak secara tidak sengaja kena tembakan ketika sambutan di bandar Mandaluyong, juga di Manila. Ona berkata, penurunan 17 peratus dari segi kecederaan kena tembakan dan percikan bunga api 'masih tidak cukup.' Sebagai contoh, katanya, seorang lelaki putus tangan percikan bunga api diberi nama 'Goodbye Philippines' manakala lapan lagi kena tembakan ketika sambutan Tahun Baru berlangsung. Ramai penduduk Filipina yang terpengaruh dengan tradisi orang Cina, bahawa sambutan Tahun Baru boleh menghalau hantu dan membawa tuah. Sementara itu, di ABIDJAN, sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh awal semalam kerana dipijak selepas suasana panik meletus ketika pertunjukan bunga api berlangsung di kota perniagaan ini di Ivory Coast. Seorang pekerja penyelamat berkata, ramai lagi cedera di daerah Plateau ketika majlis tamat pada 4 pagi waktu tempatan. Katanya, beribu-ribu orang berhimpun di stadium Houphouet Boigny untuk melihat pertunjukan bunga api apabila ramai yang menyerbu masuk hingga memijak orang lain. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan