Harian Metro: Global |
Posted: 22 Dec 2012 01:48 PM PST WASHINGTON: Kumpulan pelobi senjata berpengaruh di AS semalam menggesa polis lengkap bersenjata ditempatkan di semua sekolah sebagai reaksi serangan kejam meragut 27 nyawa di Newtown minggu lalu. Ketua Eksekutif Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA), Wayne LaPierre, berkata cubaan menjauhkan senjata api dari sekolah tidak berkesan, malah menjadikan institusi pembelajaran itu lebih terdedah kepada bahaya berbanding lapangan terbang, bank serta bangunan awam lain yang dikawal. "Satu-satunya tindakan yang boleh menghalang penjahat bersenjata api adalah individu baik yang dilengkapi senjata api," katanya di sidang media.
Adam, 20, tiba ke sekolah itu membawa pelbagai jenis senjata api, termasuk raifal berkeupayaan tinggi.
Sementara itu, tragedi di Newtown itu kian dikenang apabila seorang lelaki bersenjata pistol menembak mati tiga mangsa di Frankstown Township, Pennsylvania, sebelum dia dibunuh polis ketika melarikan diri menaiki sebuah lori pikap, semalam Tiga anggota keselamatan Pennsylvania turut cedera dalam usaha mereka menahan lelaki terbabit.
"Tetapi kami juga tidak tahu motif sebenar kerana suspek tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana mangsa terbabit," katanya. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23 |
Penunjuk perasaan antirogol digempur polis Posted: 22 Dec 2012 01:43 PM PST NEW DELHI: Polis India semalam menggempur penunjuk perasaan yang menuntut supaya golongan wanita negara itu diberi perlindungan lebih baik, semalam. Polis melepaskan gas pemedih mata, memukul dan menyembur air bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pintu India di tengah New Delhi sebelum cuba berarak ke Istana Presiden.
Gadis terbabit kemudian dirogol bergilir-gilir sebelum mangsa dan rakannya dicampak keluar dari kenderaan berkenaan. Sebelum dirogol, mangsa diserang dengan batang besi, menyebabkan dia mengalami kecederaan dalaman yang serius. Polis dipanggil ekoran sebahagian penunjuk perasaan mula melontar batu. Kekecohan berlaku sebaik saja penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan dan berarah ke Istana Presiden. Doktor di hospital pula berkata, wanita mangsa rogol itu masih kritikal tetapi keadaannya stabil.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan