Harian Metro: Global |
2 DJ tertekan, jalani kaunseling Posted: 09 Dec 2012 11:37 AM PST LONDON: Dua juruhebah Australia yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge masih bersembunyi semalam, tetapi memberitahu majikan mereka, masing-masing ingin membuat permohonan maaf secara terbuka. Rakan kepada bekas model, Mel Greig berkata, juruhebah itu 'amat tertekan' dan menjalani 'kaunseling psikologi secara intensif' bersama rakan sejawatnya, Michael Christian.
Dua juruhebah terbabit akan memberi kenyataan kepada polis tempatan selepas permintaan daripada polis London kepada rakan sejawat mereka di New South Wales. Syarikat yang memiliki stesen radio itu berkata, mereka telah menyuarakan hasrat untuk membuat kenyataan kepada media.
Jururawat yang ditipu, Jacintha Saldanha, 46, ibu kedapa dua anak ditemui mati Jumaat lalu di kediaman kakitangan dekat hospital, tempat Kate Middleton, 30, dirawat kerana alahan kehamilan yang teruk. Timbalan Komisioner Polis New South Wales, Nick Kaldas mengesahkan mengenai siasatan itu sambil berkata: "Belum dibuktikan lagi wujudnya salah laku dan mereka sebenarnya belum membuat sebarang permintaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10 |
Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain Posted: 09 Dec 2012 11:28 AM PST LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam. Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita Islam.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik untuk pelawat: "Ia mungkin lebih baik jika mereka disapa seseorang dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan