Berita Harian: Dunia |
Posted: 10 Dec 2012 12:02 PM PST Presiden Morsi benar tahan orang awam, arah semua pihak beri kerjasama Kaherah: Presiden Mohamed Morsi semalam mengarahkan tentera Mesir diberi kuasa polis termasuk hak menahan orang awam menjelang pungutan suara yang akan diadakan hujung minggu ini, lapor satu perintah kerajaan. Arah tentera kerjasama "Ia mengarahkan tentera bekerjasama penuh dengan polis untuk mengekalkan keselamatan dan melindungi institusi penting negara bagi satu tempoh sementara, sehingga pengumuman keputusan pungutan suara berkenaan dibuat," lapor agensi berita AFP yang memperoleh salinan perintah itu. Tentera yang memerintah Mesir selepas penyingkiran bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011 dan pemilihan Morsi Jun tahun ini, memilih untuk bersikap berkecuali ketika krisis politik. Beri amaran Kereta kebal tentera bersama anggota tentera dikerahkan di sekitar istana presiden presiden sejak Khamis lalu namun mereka tidak berdepan dengan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana setiap malam. Pembangkang daripada kumpulan sekular, liberal, sayap kiri dan Kristian, berkata ia akan memperhebat bantahan untuk membuang pungutan suara itu. Ia menganggap draf perlembagaan, sebahagian besarnya digubal sekutu puak Islam Morsi, sebagai menjejaskan hak asasi manusia, hak wanita, minoriti agama dan mengekang kebebasan perundangan. Morsi, sebaliknya, tetap mempertahankan perlembagaan baru itu, melihatnya sebagai keperluan untuk melindungi pembaharuan demokratik selepas pemerintahan kuku besi 30 tahun Mubarak. Lewat kelmarin, kumpulan pembangkang utama, Barisan Penyelamat Kebangsaan, menggesa bantahan besar-besaran bagi menolak pungutan suara 15 Disember ini. Kumpulan itu juga menolak pembatalan perintah Morsi yang memberinya kuasa penuh sebelum ini sambil menyifatkan ia sudah terlewat kerana beliau sudah menggunakannya ke atas draf perlembagaan. "Kami tidak mengiktiraf draf perlembagaan kerana ia tidak mewakili rakyat Mesir," kata jurucakap National Salvation Front, Sameh Ashour kepada satu sidang media," katanya. - AFP |
Amah Indonesia masuk Singapura merosot Posted: 10 Dec 2012 11:59 AM PST Singapura Agensi pembantu rumah menjangkakan kedatangan pembantu rumah Indonesia ke Singapura bakal merosot sehingga 30 peratus, sebaik saja gaji minimum untuk rakyat Indonesia berkuatkuasa tahun depan. Gaji minimum bagi mereka yang bekerja di Indonesia boleh mencecah sehingga S$300 (RM750) sebulan.
Beberapa pembantu rumah dari Indonesia berkata mereka lebih suka menikmati faedah buruh yang lebih baik di negara sendiri. Sanggup bayar lebih Selain itu ia lebih dekat dengan kampung halaman manakala kos hidup di sana lebih murah berbanding di Singapura. Agensi pembantu rumah berkata kebanyakan rakyat Singapura sanggup membayar lebih untuk pembantu rumah bagi menarik mereka untuk bekerja di republik ini.
"Jadi majikan tidak kisah membayar lebih sebagai pampasan kepada pembantu rumah mereka." - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan