Berita Harian: Dunia |
Pelajar mangsa rogol beramai-ramai kritikal Posted: 28 Dec 2012 11:41 AM PST Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura. Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal. "Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh. Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang. Dirogol di belakang bas Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi. Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit. Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India. Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol. Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun. - AP |
Posted: 28 Dec 2012 11:39 AM PST Rome: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi perlu membayar 3 juta euro (RM12 juta) sebulan kepada isteri keduanya, Veronica Lario, sebagai sara hidup. Berlusconi diberi hak untuk terus memiliki kediaman mereka, lapor akhbar Itali yang melaporkan butir-butir persetujuan cerai antara dua personaliti berkenaan.
Berlusconi dan Lario berkahwin pada 1990 dan mempunyai tiga anak. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan