Berita Harian: Dunia |
Posted: 13 Dec 2012 07:29 AM PST Tokyo: Jepun mengerahkan lapan jet pejuangnya dari Okinawa selepas sebuah pesawat milik China menceroboh ruang udaranya buat kali pertama, di kepulauan yang menjadi rebutan antara Tokyo dan Beijing. Ia adalah pencerobohan pertama oleh pesawat China ke ruang udara Jepun sejak tentera negara itu mula membuat pemantauan pada 1958. Bagaimanapun Perbadanan Penyiaran Jepun NHK melaporkan pesawat itu sudah meninggalkan kepulauan berkenaan, ketika jet angkatan udara Jepun tiba di sana. Wujud situasi baru Langkah itu menandakan tindakan apa yang dikatakan pemerhati kempen China bertujuan mewujudkan situasi baru yang menyaksikan tenteranya datang dan pergi sesuka hati di sekitar kepulauan digelar Diaoyu dan Sensaku oleh Tokyo. Ia berlaku ketika upacara memperingati ulang tahun ke-75 tragedi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing, apabila tentera Jepun melakukan keganasan dan pembunuhan di ibu negara China ketika itu. "Ia pesawat Y-12 milik Pentadbiran Lautan China. Kami mengesahkan kapal terbang itu terbang dalam ruang udara negara kami. "Tindakan itu amat dikesali. Kami akan terus tegas berdepan dengan sebarang tindakan mencabul kedaulatan negara kami, selari dengan undang-undang dan peraturan domestik," katanya. "Jepun mengerah lapan jet F-15 dan pesawat amaran awal E2C," lapor Asahi Shimbun, memetik sumber kementerian pertahanan. Namun kejadian itu berakhir tanpa sebarang konfrontasi langsung. Di Beijing, Kementerian Luar China menyifatkan ia sebagai perkara biasa. - AP |
Posted: 13 Dec 2012 07:27 AM PST Washington: "Rejim Syria mula menggunakan peluru berpandu dan bom tong ke atas pemberontak," kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat kelmarin, memberi isyarat keadaan semakin berbahaya dalam konflik yang sudah berlarutan 21 bulan itu. Seorang wartawan AFP di barat laut Syria melaporkan mendengar beberapa letupan kuat setiap hari sehingga 15 kilometer jauhnya, akhbar New York Times melaporkan rejim melepaskan peluru berpandu Scud.
"Saya mengatakan kami melihat penggunaan satu lagi senjata mengerikan. Ia jenis bom tong, yang juga bom api yang mengandungi bahan mudah bakar," katanya. Memetik pihak berkuasa pentadbiran Amerika tidak dikenali New York Times berkata rejim Presiden Bashar al-Assad melepaskan kira-kira enam peluru berpandu Scud dari kawasan Damsyik ke atas pemberontak di utara Syria sejak beberapa hari lalu. Seorang wartawan AFP di wilayah barat laut Idlib berkata beliau mendengar letupan dahsyat sejak tiga hari lalu dari arah pangkalan tentera Sheikh Suleiman ditawan kumpulan pemberontak pada awal minggu. Seorang komander Tentera Bebaskan Syria, Abu Jalal, berkata Isnin lalu perkampungan Darret Ezza, digegarkan dengan letupan ganas disebabkan peluru berpandu permukaan yang mengenai pangkalan tiga kilometer jauhnya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan