Berita Harian: Dunia |
Posted: 10 Oct 2012 04:43 PM PDT Indonesia beri amaran menjelang ulang tahun pengeboman esok KUTA: Indonesia mengisytiharkan kawalan keselamatan diperketatkan semalam selepas mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap sambutan ke-10 ulang tahun pengeboman Bali yang membunuh 202 orang. Serangan itu dilakukan oleh kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang ada hubungan dengan al-Qaeda, setahun selepas tragedi 9/11 di Amerika Syarikat. "Ada maklumat yang boleh dipercayai mengatakan pengganas merancang serangan ketika ulang tahun pengeboman Bali," kata Timbalan Ketua Polis Bali, Ketut Untung Yoga Ana."Kawalan keselamatan diperhebat di semua laluan masuk ke Bali termasuk lapangan terbang dan pelabuhan," katanya sambil menyifatkan langkah itu digerakkan ke peringkat tertinggi. Beliau pada awalnya mengumumkan langkah menempatkan 1,000 anggota keselamatan termasuk penembak tepat, komando polis bersenjata berat dan ejen perisikan. Amaran pihak berkuasa Indonesia, bagaimanapun, tidak menyekat Perdana Menteri Australia, Julia Gillard daripada menghadiri majlis memperingati mangsa dua serangan terhadap kelab malam di pusat peranginan itu. Serangan pada 12 Oktober 2002 mengorbankan 88 warga Australia. Ada yang berada di kawasan kejadian untuk meletakkan bunga di tugu peringatan yang tercatat nama mangsa, bertentangan kawasan kejadian. Sekumpulan anggota polis berkawal dekat tugu ini di sini dengan sepasukan lagi anggota keselamatan meronda sekitar. Bali dilaporkan sudah kembali pulih dan Indonesia dipuji kerana melancarkan kempen memerangi militan dengan semua penyerang sama ada dihukum mati atau dibunuh polis mahupun dipenjara. - AFP |
Posted: 10 Oct 2012 04:04 PM PDT Peshawar: Sekumpulan doktor Pakistan semalam berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari leher seorang budak perempuan berusia 14 tahun yang ditembak oleh militan Taliban kerana menyuarakan pandangan menyokong pendidikan wanita. Sepasukan pakar bedah tentera dan awam merawat Malala Yousufzai di sebuah hospital tentera di Peshawar selepas ditembak di Mingora, Lembah Swat. "Pembedahan mengeluarkan peluru itu mengambil masa beberapa jam kerana adanya komplikasi.Malala belum sedar "Saya tidak dapat memberitahu keadaan terkini Malala. Sepasukan doktor melakukan pemantauan berterusan. Cuma, dia semakin pulih. Tetapi, dia belum sedar," kata Menteri Penerangan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mian Iftikhar Hussain. Hussain berkata, keputusan belum dibuat sama ada remaja terbabit perlu dihantar ke luar negara untuk rawatan lanjut. Malala dihormati kerana mendedahkan kekejaman Taliban dan menyokong pendidikan wanita meskipun berhadapan dengan pelampau agama. Remaja ditembak di kepala Pada Selasa lalu, seorang lelaki bersenjata yang juga anggota Taliban berjalan ke arah bas yang membawa kanak-kanak pulang dari sekolah dan menembak kepala dan leher Malala. Panglima tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani melawat hospital itu untuk melihat keadaan mangsa, menurut kenyataan tentera. "Dengan menyerang Malala, pengganas gagal untuk memahami bahawa beliau bukan hanya individu tetapi ikon keberanian dan harapan yang membuat pengorbanan besar kepada penduduk Swat dan negara apabila mereka berjuang untuk membebaskan lembah ini daripada cengkaman keganasan," kata Kayani. Beliau juga berikrar, tentera tidak akan tunduk kepada pengganas seperti yang melepaskan tembakan ke arah aktivis muda itu. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan