Harian Metro: Global |
Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum Posted: 06 Sep 2012 12:35 PM PDT LONDON: Seorang budak yang tidak pernah makan sepanjang hidupnya, mencipta keajaiban apabila mengambil makanan untuk kali pertama baru-baru ini, lapor media semalam. Daniel Harrison, 5, mengalami alahan serius ketika menyusu semasa masih bayi, menyebabkan dia takut kepada makanan atau minuman.
"Ia seperti memenangi Piala Perdana, Piala Eropah dan Piala Dunia sekali gus," katanya. Menurut Kevin, sesetengah makanan utama perlu dilenyekkan terlebih dulu kerana Daniel masih sukar mengunyah akibat otot di mulutnya tidak berkembang dengan baik.
Kaedah disediakan di hospital itu tidak diamalkan di Britain. Melalui kaedah itu, Daniel berjaya disedarkan bahawa dia memang perlu dan mahukan makanan. Pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah khusus bagi memujuk Daniel supaya lebih terdedah kepada makan dan mengurangkan ketakutan memasukkan makanan ke mulut. Kaedah itu turut dipraktikkan ke atas 12 pesakit dari seluruh dunia dan semuanya berjaya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07 |
Ibu dua anak terkejut temui telur bulat Posted: 06 Sep 2012 12:33 PM PDT LONDON: Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan. Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa.
"Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini," katanya. Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan