Berita Harian: Dunia |
Posted: 20 Sep 2012 05:38 PM PDT Bhubaneswar: Sekolah, kedai dan pejabat kerajaan ditutup di beberapa negeri di India semalam berikutan penunjuk perasaan menghalang jalan raya dan laluan kereta api sebagai satu tindakan mogok di seluruh negara terhadap perubahan ekonomi yang diumumkan kerajaan minggu lalu. Pembangkang utama Bharatiya Janata Parti (BJP) menyertai parti kecil dari sayap kanan dan kiri menggesa mogok untuk membantah terhadap kenaikan 14 peratus harga subsidi diesel dan satu keputusan kerajaan yang membuka pintu kepada rangkaian pasar raya asing untuk melabur di India. Ekonomi perlahanLangkah berkenaan adalah sebahagian daripada pakej perubahan ekonomi menyasarkan kenaikan terhadap pertumbuhan ekonomi perlahan, mencetuskan satu kemarahan politik. Sekutu terbesar Perdana Menteri Manmohan Singh menarik diri keluar dari pakatan beliau yang goyah pada Selasa, meningkatkan risiko pilihan raya awal. Hab sumber luar dan IT India, Bangalore teruk dilanda mogok, tetapi di Mumbai, ibu kota kewangan negara itu, bank dan pejabat masih dibuka seperti biasa. Sementara itu di New Delhi kedai turut ditutup di kawasan BJP dan kurang kenderaan di jalan raya tetapi daerah perniagaan pusat tidak terjejas. Di seluruh negara, orang ramai kelihatan terkandas pada waktu pagi di stesen kereta api dan perhentian bas berikutan penunjuk perasaan mogok di landasan kereta api dan menghalang stesen bas. Penyokong sayap kanan nasionalis Hindu BJP dan parti pembangkang lain juga menghalang jalan raya dengan membakar tayar. "Jika kita tidak protes sekarang, kerajaan pusat akan terus meminggirkan keluarga miskin dan kelas pertengahan," kata Santi Barik sambil membantah di Bhubaneswar, ibu kota negeri timur Odisha. Pejabat kerajaan, premis perniagaan, sekolah dan bank di Bhubaneswar ditutup dan keadaan yang sama dilaporkan di bandaraya lain termasuk Hyderabad, hab IT di Andra Pradesh yang menempatkan pejabat Microsoft Corp dan Google Inc di negara itu. Polis menahan berpuluh penyokong pembangkang yang mengepung stesen bas terbesar di Andhra Pradesh. Kebanyakan 3,500 kakitangan Intel Corp dan 10,000 kakitangan Cisco Systems Inc diminta bekerja dari rumah," kata jurucakap syarikat terbabit. - Reuters |
Iran dakwa program nuklear kena sabotaj Posted: 20 Sep 2012 05:36 PM PDT Abbasi dakwa ada pihak susup ke dalam IAEA untuk gagal projek dirancang Iran mendakwa ada pihak berusaha mensabotaj program nuklearnya selepas dua cubaan meletupkan talian elektrik yang menghubungkan kemudahan nuklear negara itu dengan sumber berkata serangan itu boleh dikaitkan dengan tentera Amerika Syarikat. Naib Presiden Iran dan ketua agensi kuasa nuklear, Fereydoun Abbasi, mendakwa talian elektrik di bandar raya Qom dan kemudahan nuklear bawah tanah Fordow dan yang lain-lain menuju ke loji di Natanz diletupkan Ogos lalu, lapor akhbar Daily Mail. "Pengganas dan kumpulan pensabotaj mungkin menyusup masuk ke dalam IAEA dalam usaha menggagalkan program atom negara ini," katanya.Loji di Fordow terletak 60 kilometer ke selatan Tehran dibina jauh di dalam gunung untuk melindunginya daripada serangan. Penguraian uranium Ia juga digunakan untuk proses penguraian uranium lebih hampir dengan paras diperlukan untuk membangunkan peledak nuklear berbanding yang digunakan untuk menggerakkan reaktor industri. Abbasi berkata, sabotaj digagalkan dengan penggunaan bateri sokongan dan generator diesel yang menghalang gangguan kepada sentrifugal untuk memutar uranium kepada paras diuraikan. Dakwaan itu dibuat ketika akhbar itu memetik sumber perisikan Amerika sebagai berkata, ada kemungkinan tentera Amerika mempunyai hubungan dengan serangan itu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan