Harian Metro: Global |
Posted: 27 Aug 2012 10:12 AM PDT KERALA: Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya. Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia 'berkahwin' lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.
Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinannya hanya terbongkar apabila dua daripada suaminya tampil di balai polis Chennai dan aduan susulan dibuat oleh beberapa mangsa lagi.
Shahanaz memberitahunya dia mencari lelaki yang menipu kawannya selepas berjanji untuk mengahwininya.
Shahanaz memberitahunya dia anak yatim sejak kecil dan mendakwa bekerja sebagai peguam bela di mahkamah tinggi Madras. Dia juga memberitahu sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
Doktor palsu rawat 500 pesakit Posted: 27 Aug 2012 09:57 AM PDT AUSTELL (Georgia): Seorang lelaki mencuri identiti rakannya dan menyamar sebagai doktor selama enam bulan, merawat hingga 500 warga emas di seluruh Columbia, Carolina Selatan. Ernest Addo, 48, dari Austell, Georgia, ditahan Jumaat lalu dan didakwa kerana mempraktikkan bidang perubatan secara haram.
Timbalan polis daerah Lexington kini berada di Georgia untuk menyoal siasat suspek dan memulakan proses ekstradisi, kata Sheriff James Metts. Addo menggunakan dokumen milik rakannya, doktor di Orangeburg untuk meyakinkan Pusat Jagaan Orang Tua Agape bahawa dia doktor berkelayakan.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan