Harian Metro: Global |
Posted: 22 Aug 2012 09:57 AM PDT LONDON: Seminggu selepas gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menamatkan riwayatnya sendiri, Tony Nicklinson disahkan meninggal dunia di rumahnya, semalam. Menghidap kelumpuhan menyeluruh - dikenali sebagai sindrom locked-in - Nicklinson mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Januari lalu untuk mendapat pengisytiharan supaya mana-mana doktor yang menamatkan hidupnya tidak didakwa kerana membunuh. Minggu lalu, mahkamah menolak permohonan itu. Bagi Nicklinson, 58, keputusan itu menyebabkan dia "terlalu kecewa."
Dia memerlukan penjagaan berterusan, manakala hampir semua komunikasinya hanya berlaku melalui kerdipan mata, tetapi mindanya tidak terjejas ekoran masalah itu. Nicklinson berpendapat, undang-undang Britain melanggar haknya untuk mendapat "kehidupan sendiri dan keluarga" seperti dijamin Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Bagi Nicklinson, hak memilih bagaimana cara untuk mati adalah autonomi peribadi. Sebelum ini, dia menggambarkan hidupnya selepas lumpuh sebagai "mimpi ngeri yang nyata." Anak perempuan Nicklinson berkata, dia mati "dengan aman akibat sebab semula jadi." Sejurus kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan, Nicklinson meninggal dunia akibat pneumonia. Polis pula berkata, mereka tidak akan menjalankan siasatan terhadap kematian Nicklinson. Sebelum ini, Nicklinson berkata, jika diberikan hak untuk mati, dia tidak mahu ditamatkan riwayatnya serta-merta, sebaliknya mahu tahu pilihan yang ada. - AP Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012 |
Scott gementar sebelum melompat Posted: 22 Aug 2012 09:52 AM PDT LOS ANGELES: Di sebalik tindakan mengejut Tony Scott membunuh diri dengan melompat dari Jambatan Vincent Thomas di San Pedro Isnin lalu, beberapa saksi sempat merakamkan insiden itu, lapor media semalam. Seorang daripadanya berkata, Scott, 68, kelihatan gementar sebelum melompat dari ketinggian kira-kira 60 meter.
Top Gun adalah satu daripada filem utama yang menaikkan nama Scott sebagai pengarah disegani. Menurut sumber, beberapa orang sempat merakamkan detik-detik terakhir hidup Scott.
"Saya sangka seseorang yang menyertai sukan ekstrem sedang beraksi," katanya. Menurut Silva, Scott terdiam beberapa saat di tepi jambatan itu sebelum mula memanjat penghadangnya.
Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan